What Else I Can Say
Wednesday, July 7, 2010
Posted by Siti Aishah at 11:14:00 PM 0 comments
Labels: Episod KehidupanKu, Friendship, Sad, Student Life
Best Award For The Clown
Sunday, July 4, 2010
Posted by Siti Aishah at 3:14:00 AM 0 comments
Labels: Episod KehidupanKu, Thought
Kewajiban Solah 5 Waktu
Friday, July 2, 2010
- Mengucap 2 kalimah syahadah
- Solat 5 waktu sehari semalam
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Membayar zakat
- Menunaikan fardhu haji
“Kekasihku Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda S.A.W,
“Jangan menyengutukan ALLAH TAALA dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solah dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH TAALA dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala masiat.”
(Hadith riwayat Imam Tabarani)
2. Hazrat Abu Zar RA berkata,
“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
*Ya Allah, aku hanya sekadar menyampaikan peringatan buat para pembaca & juga buat diri sendiri agar tidak t'makan dgn hasutan syaitan laknatullah yg sentiasa mencari helah utk umat Nabi S.A.W meninggalkan solat. Soal duniawi juga penting tapi ia haruslah seimbang dgn bekalan kita semua utk di dunia yg kekal abadi nanti. Dunia ini hanya pinjaman jadi kita harus sentiasa ingatkan diri supaya 'perisai perang' yg bakal dibawa di akhirat kelak dpt melindungi dari azab seksaan di alam barzakh. Wallahu'alam...
Posted by Siti Aishah at 11:47:00 PM 0 comments
Labels: Bingkisan Hati, Information, Makanan Rohaniah
i dunno what to say
Wednesday, June 30, 2010
Posted by Siti Aishah at 10:45:00 PM 0 comments
Labels: Confius, Episod KehidupanKu, Sad, Student Life
Wanita Oh Wanita
Monday, June 28, 2010
Menggunting bulu alis atau merapikannya dengan mencukur part-part tertentu untuk mencantikkan alis mata seperti yang dilakukan sebahagian kaum wanita hukumnya HARAM. Kerana hal itu termasuk mengubah ciptaan Allah dan mengikuti syaitan yang selalu memperdaya manusia supaya mengubah ciptaan Allah. Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang lain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka, yang dila'nati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya), dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (QS. 4:116-119)
Diriwayatkan dalam Kitab Ash-Shahih (Al-Bukhari dan Muslim) dari Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'Anhu bahawa ia berkata: "Semoga Allah melaknat wanita-wanita yang mentatto dirinya atau meminta ditattokan, yang mencukur bulu alisnya atau meminta dicukurkan, yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik dan mengubah ciptaan Allah." Kemudian beliau berkata: "Mengapa aku tidak melaknat orang-orang yang telah dilaknat oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dalam Kitabullah, yakni firman Allah:
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." (QS. 59:7)
*Aku hanya sekadar berkongsi ilmu yg ada buat peringatan diri sendiri dan jugak buat para pembaca Denai KehidupanKu. Sesungguhnya ciptaan Allah S.W.T itu sangat cantik sangat indah dgn cara & gaya yg tersendiri. Kita sebagai makhlukNya harus bersyukur dgn nikmat yg Allah kurniakan kerana setiap makhluk ciptaanNya pasti ada kecantikan bukan hanya dari paras rupa sahaja. Akhlak serta dalaman seseorang itu juga satu kecantikan. Wallahu'alam..
Posted by Siti Aishah at 11:20:00 PM 0 comments
Labels: Bingkisan Hati, Information, Makanan Rohaniah

