skip to main | skip to sidebar

♥ A Peace of Mind ♥

♥ Hit Me ♥

Cheap psychic love reading online

♥ Tik-Tok ♥

♥ About Me ♥

My Photo
Siti Aishah
Denai KehidupanKu membawa anda semua para pembaca menyelusuri lumrah bait-bait kehidupanku sebagai hambaNYA..
View my complete profile

♥ Blog Archive ♥

  • November 2011 (3)
  • October 2011 (7)
  • September 2011 (9)
  • August 2011 (3)
  • July 2011 (16)
  • June 2011 (7)
  • May 2011 (9)
  • April 2011 (5)
  • March 2011 (14)
  • February 2011 (18)
  • January 2011 (2)
  • December 2010 (2)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (6)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (9)
  • July 2010 (17)
  • June 2010 (11)
  • May 2010 (9)
  • April 2010 (4)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (3)
  • January 2010 (3)
  • December 2009 (4)
  • November 2009 (4)
  • October 2009 (3)

♥ My Family ♥

  • Bahiyah
  • Ewa
  • Kak Shu
    "I will get back to u"
    9 years ago
  • Keluarga Albi Bin Sufi
    Raya with Bakar's Albi Family
    15 years ago
  • Mokteh

♥ My Friends ♥

  • Aman
    Cara Masuk Website Yang Di Block
    15 years ago
  • Fiezaza
    Bye Bye Blogspot..
    14 years ago
  • Geng Budak Munyit
    Medan Trip 2014 (10th April - 13th April 2014)
    12 years ago
  • Paez
    2013 - full of surprise and unexpected event.
    12 years ago
  • Reza-Nani Delite
    Ramadhan 2016 Special
    10 years ago
  • Sakinah aka Sepot
    D7000
    13 years ago
  • Sapnar aka Cik Fana

♥ My Favorite ♥

  • Anak-Anak SN
    Seri hafaz Surah An Nas
    12 years ago
  • Baking Class with RND
    Vanilla Cheese Cake & Oreo Cheese Cupcake Baking Workshop
    14 years ago
  • Farin Cake House
    Kek Gulung Coklat lagiii...
    12 years ago
  • Forum Komuniti Muslim & Muslimah
    Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
    6 years ago
  • Loveliana Cakes
    9 years ago
  • Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata
    Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID?
    6 months ago
  • SN d Photographer

♥ Mumbling Zone ♥


ShoutMix chat widget

♥ Gocha ♥

DON'T CLICK ME

Denai KehidupanKu

.Denai.Aku.Ada.Kamu.Kita.Kami.Awak.Dia.Semua.

Showing posts with label Bingkisan Hati. Show all posts
Showing posts with label Bingkisan Hati. Show all posts

fakta tentang jodoh

Tuesday, October 4, 2011


FAKTA 1

lelaki yg cacat penglihatannya
jika bertemu jodoh
majoriti wanita tersebut sempurna sifatnya

TETAPI

wanita yg cacat penglihatannya
jika bertemu jodoh
majoriti lelaki tersebut juga cacat penglihatannya

FAKTA 2

lelaki yg handsome, segak, macho
jika bertemu jodoh
pasti wanita tersebut juga
cantik, putih melepak, pendek kata seperti bidadari

TETAPI

wanita yg kurang cantik, gelap, berisi/obesity
jika bertemu jodoh
pasti lelaki tersebut juga kurang handsome, gelap, berisi/obesity

DAN LAIN KISAHNYA

bila lelaki pula yg kurang handsome, gelap, berisi/obesity
jika bertemu jodoh
pasti lelaki tersebut dapat wanita yg cantik, putih melepak seperti bidadari

setuju atau tidak? fakta ni dari pemerhatian aku sendiri dan juga luahan dr golongan wanita yg kurang pakejnya. tapi bila kita perhatikan betul-betul, kenyataanya memang ada. setiap wanita itu cantik kerana ia ciptaan Allah TETAPI pada mata sang adam di luar sana? di mulut kata, "tak baik awak ckp mcm tu, wanita semua cantik" tapi hakikatnya? tepuk dada tanyalah hati anda wahai kaum adam. wallahua'alam..

*lain orang lain pandangannya. maaf jika menyinggung mana-mana pihak.
takade niat pun, sekadar berkongsi sahaja. peace no war~ :)

Posted by Siti Aishah at 12:16:00 PM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Bingkisan Hati, Information

Eid Mubarak 1432 Hijrah

Tuesday, August 30, 2011



salam lebaran buat semua
keluarga, teman dan kaum muslimin
mohon maaf bagi segala kekhilafan diri ini
yg sengaja mahupun tidak sengaja
yg sedar mahupun tidak sedar @ separa sedar

moga lebaran kali ini membawa
seribu rahmat buat kita semua
moga dipanjangkan umur kita utk berjumpa lagi
dengan Ramadhan & Syawal tahun hadapan,
InshaAllah

*harapan & bayangan aku utk lebaran tahun ini masih tergantung :|

Posted by Siti Aishah at 2:56:00 AM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati

Di Takuk Angan Itu

Thursday, June 30, 2011


[sunset at Bandar Kota Kinabalu, was taken by me]

Ya Allah, jika ia putih..
Engkau berilah gambaran salju nan dingin

Ya Allah, jika ia hijau..
Engkau berilah gambaran dedaun yg menghijau

Ya Allah, jika ia merah..
Engkau berilah gambaran darah yg mengalir

Ya Allah, jika ia biru..
Engkau berilah gambaran lautan luas terbentang

Ya Allah, jika ia pelangi..
Engkau berilah gambaran di kaki langitMu

kerna,
jika ia bukan seperti yg di gambarkan
biarlah ia disuratkan sebelum terlewat
supaya tidak terus menerus di takuk angan itu

*keluarkan aku Ya Allah, dari takuk angan itu jika ia BUKAN milikku..~

Posted by Siti Aishah at 8:11:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

Siapa Dia ImamKu?

Sunday, May 1, 2011



takut pada bayang-bayang?
takut pada masa lalu?

aku hanya wanita biasa
punya keinginan
seperti wanita lain

bila timbul soal usia
aku bukan lagi ingin
'cinta monyet'

Ya Allah,
pandanglah hambaMu yg lemah ini
kurniakan aku seorang imam
untuk mengimami solahku
hingga ke akhir hayat..~

*Ya Allah, dapatkah aku mencari imam solatku?
siapa? dimana? atau sama sahaja seperti yg dulu?
:(


Posted by Siti Aishah at 3:02:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

Kenapa?

Friday, April 22, 2011


tengah malam tadi
rasa macam mimpi
aku buat lawak bodoh
cubit diri sendiri
memang rasa sakit
aku tak mimpi rupanya..~

tiba-tiba muncul
suara yg susah betul aku nak faham
cakap mcm org baru bangun tido
tiba-tiba nyanyi, cakap merapu
aku...masih mendengar
[dalam hati...buang tebiat agaknya]

seolah-olah aku yg berkhayal
tp tak mungkin
walaupun tak semua yg aku ingat
tp ada butir yg dicakap
buat hati aku tersentap!!
[dalam hati...sah buang tebiat]

nak sedapkan hati
apa yg aku dengar semua
hanyalah lawak bodoh
tengah malam hari
mimpi barangkali
khayalan pun mungkin

cuma...~
agak menggangu
kenteteraman hati aku
buat seketika

*dia...menangis? khayalan aku agaknya~ Ya Allah, aku tak paham!

Posted by Siti Aishah at 12:57:00 PM 0 comments  

Labels: Angry, Bebelan Rasa, Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

Aku Takut

Wednesday, March 23, 2011


terlalu jauh aku ke langit
harus kembali ke bumi
supaya tak terhempas
sakit sangat~

rasa takut
sebati dalam diri
pisang pasti berbuah lagi
yang di takutkan
tak mustahil utk berulang

denai masih panjang
yg pasti penuh cabang liku
antara liku pasti terselit
rasa takut pd yg itu...

teluskah?
atau sama saja spt yg dulu?
hanya empunya tahu sendiri
aku hanya penduga
yg mungkin akan...
kecewa lagi


*takut kalau ia sama seperti yg dulu. macam mana kalau sama? hmmm~


Posted by Siti Aishah at 8:06:00 PM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

Cantik Itu Dimana?

Tuesday, March 1, 2011



biar kamu tidak cantik dimata penghuni bumi

TETAPI

namamu menjadi perbualan penghuni langit


*cantik itu cukup luas pengertiannya,
terpulang pada diri kita untuk menilai 'cantik' itu dimana. wallahu'alam :)

Posted by Siti Aishah at 6:06:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Makanan Rohaniah

Pelangi

Tuesday, February 22, 2011



selepas dikaji
otak ligat menganalisa
berfikir & terus berfikir
[oh, ya kepala ni mmg tak pernah berhenti berfikir. eheh~]

dan aku rasa betul
tak mengapa diri
itulah pelangi
^___^

*kalau tak mahu gelas kaca pecah,
janganlah diguna, diusik @ yg sewaktu dengannya :)


Posted by Siti Aishah at 4:42:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

=.=

Monday, February 21, 2011





"banana fruit two times"
[i know its a wrong phrase, err..do i care???]



*Ya Allah, i wish i will not face it again! its hurt me damn-damn much before! i'm begging You.



Posted by Siti Aishah at 12:18:00 AM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Bingkisan Hati, Confius, Episod KehidupanKu

Salam Maulidur Rasul 1432 H

Tuesday, February 15, 2011


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas r.a)

*selamat menyambut maulidur rasul buat seluruh umat islam di bumi Allah ini :)



Posted by Siti Aishah at 3:43:00 AM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Information, Makanan Rohaniah

I Wish I Could

Friday, February 11, 2011




i wish i have d opportunity
to feel the beauty of being
ummi, ibu, mak, mama, mummy, momma, mom..~

to feel d beauty of life as a women!
to feel what my mak been through
to know how strong d patience needed
to know how mak manage everything
for her kids, husband, family
to feel how big sacrifice needed

oh, i just don't know
my feelings if i become a mother
if Allah give me the opportunity
i wish my mak still exist in this world
so i can share with her

i just don't know
how to thank to mak for everything!


Thank You Allah
for sending Zainab Bakar
as my mother in this world
♥♥♥

*amin Ya Allah. for everything You lend for me in this world :)

Posted by Siti Aishah at 1:48:00 AM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu, Family, Thought

Dari Kerana Mata

Sunday, January 30, 2011




dari mata turun ke hati
itu lumrah lelaki
dari hati baru ke mata
itu lumrah wanita

BUKTI???


banyak sungguh di luar sana!
perasan atau tidak~

*tapi mereka yg dipanggil lelaki menafikannya. wallahu'alam :)


Posted by Siti Aishah at 6:00:00 PM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

Aku Berbisik Di Hati

Thursday, September 30, 2010



terasa ingin baitkan bermacam kisah
tapi lidah ini terkunci rapat
kisah-kisah di benak minda ini
sentiasa terkamir dalam lubuk hati


tidak tahu bagaimana utk suratkan
biarlah menjadi tersirat
buat tatapan hati ini


*oh, butakah mata aku? tidak. kerana aku lihat dgn mata hati :)

Posted by Siti Aishah at 2:50:00 AM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu, Thought

Salam Aidilfitri 1431 Hijrah

Thursday, September 9, 2010



buat semua
keluarga, teman, kawan-kawan
juga para pembaca Denai KehidupanKu
[ada ker yg baca? eheh :p]

maafkan segala khilaf diri ini
secara sengaja @ tak sengaja
secara sedar @ tak sedar
dari hujung rambut hingga hujung kaki

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

:)

Posted by Siti Aishah at 5:10:00 AM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

Adilkah?

Monday, August 16, 2010



bila kita dah jumpa org yg kita sayang
janganlah cari yg lebih baik
benarkah...?

realiti hidup ni
tak pernah yg adil
dah ada org yg kita sayang
dan org yg kita sayang pun sayang sgt pd kita
kita masih mencari yg lain

mencari lain yg lebih baik?
atau sekadar menghiburkan hati yg sepi?
atau sekadar peneman di kala sunyi?
atau sekadar mempermainkan hati & perasaan?

tp semua tu disangkal dgn cukup bijak
'mereka' yg bijak hidup bahagia dgn yg t'sayang
org lain yg dicari t'kesima dgn 'kebenaran'
lumpuh seketika dgn t'sirat di sebalik yg t'surat
ibarat 'habis madu sepah dibuang'

masa depannya hampir dibiarkan shja
syukur 'masa depan' itu masih b'nafas
walaupun hanya 'lepas paras hidung'

adilkah?
kadang-kala mereka yg dipanggil lelaki
rasa apa yg mereka buat tak salah
pd mereka tak sakit, tak pedih
pd mereka tak sengsara

ya...sebab kami yg dipanggil wanita
hanya mampu menangis & menahan sakit
jauh dalam lubuk hati

adilkah Ya Allah?
:(

*aku tanya pd diri, kenapa mesti aku? berulang-kali, kenapa & kenapa? hmm..~


Posted by Siti Aishah at 12:53:00 AM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu, Friendship, Sad, Thought

Balang Mayonis & 2 Cawan Kopi

Monday, July 19, 2010


Salam buat Denai KehidupanKu,

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”.

Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…” Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan diantara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada baling tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan professor tersebut. “Sekarang… ” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting spt Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda. Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “…anda tidak akan mempunyai ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain.

Sila ambil berat akan bola golf dahulu iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…” Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan walau pun anda sudah berada di kedudukan yang tinggi…”

*Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini… “ Kisah ini aku ambil dr seorang kawan di FB. Aku rasa ia cukup bermakna, jadi terasa untuk berkongsi dlm Denai KehidupanKu.

Posted by Siti Aishah at 1:31:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Information, Thought

I Love Sunset

Tuesday, July 13, 2010


sun was amazing gift by Allah S.W.T
we only could see in d daylight
but..it always there

sunrise? sunset?
i love sunset more :)
but still..sunrise always beautiful

why i love sunset so much?
i just..dunno why it was
like something on it that attract me

d scenery always fascinate
d color of d sun itself
d shade of d sky
and then..there is always a group of birds
fly away together
it was amazing to me

everyday i'll try my best to watch it
no bored..not even once
i do love enjoy it all d time

[sunset in highway to tg malim. only snap by my hp with 2mp]

*not only sunset but d beach, waterfall, forest. i love it much. so much.

Posted by Siti Aishah at 2:33:00 AM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

Kewajiban Solah 5 Waktu

Friday, July 2, 2010


Salam Denai KehidupanKu,

Alhamdulillah, syukur aku masih diberi kesempatan menulis di blog ini dgn izinNya. Setiap detik yg b'lalu adalah sgt b'harga. Bagaimana kita menghargainya? Tepuk dada tanyalah iman. Hajat di hati nak b'kongsi rasa sesama para pembaca [kalau ada lah..eheh :D]

Hurmm..dr kecik mak ayah kita dah ajar, masa tadika, kat sekolah agama tentang "Solat Itu Tiang Agama". Dulu cikgu selalu tanya.."kamu, sebutkan 5 rukun islam.." maka jawablah si anak murid;
  • Mengucap 2 kalimah syahadah
  • Solat 5 waktu sehari semalam
  • Berpuasa di bulan Ramadhan
  • Membayar zakat
  • Menunaikan fardhu haji
Jadi dalam Rukun Islam dah cukup terang & jelas kewajiban yg wajib di tunaikan bagi setiap anak adam & hawa yg mengaku dirinya orang islam di muka bumi ini. Salah satunya, solat 5 kali sehari semalam. Tak ada satu alasan pun yg boleh seseorang itu meninggalkan solatnya sekalipun kita sedang sakit. Kerana islam itu sgt cantik, Allah S.W.T telah meletakkan pelbagai panduan & kelonggaran utk umatNya menunaikan solat. Jika tak boleh solat b'diri solat duduk, tak boleh duduk solat secara baring, jika tak boleh juga gunalah isyarat mata. Indah sungguhkan islam? Allahuakbar..!

1. Hazrat ‘Ubadah bin Somit RA telah berkata,

“Kekasihku Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda S.A.W,

“Jangan menyengutukan ALLAH TAALA dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solah dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH TAALA dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala masiat.”

(Hadith riwayat Imam Tabarani)

2. Hazrat Abu Zar RA berkata,

“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad)

*Ya Allah, aku hanya sekadar menyampaikan peringatan buat para pembaca & juga buat diri sendiri agar tidak t'makan dgn hasutan syaitan laknatullah yg sentiasa mencari helah utk umat Nabi S.A.W meninggalkan solat. Soal duniawi juga penting tapi ia haruslah seimbang dgn bekalan kita semua utk di dunia yg kekal abadi nanti. Dunia ini hanya pinjaman jadi kita harus sentiasa ingatkan diri supaya 'perisai perang' yg bakal dibawa di akhirat kelak dpt melindungi dari azab seksaan di alam barzakh. Wallahu'alam...

Posted by Siti Aishah at 11:47:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Information, Makanan Rohaniah

Wanita Oh Wanita

Monday, June 28, 2010

Hukum Mencabut Atau Mencukur Bulu Alis Bagi Kaum Wanita

Sebahagian kaum wanita pada hari ini suka mencukur kening atau pergi ke salon untuk mencantikkan alis mata mereka. So orang salon mencukur atau menggunting sebahagian kening atau bulu alisnya, apakah hukumnya?

Menggunting bulu alis atau merapikannya dengan mencukur part-part tertentu untuk mencantikkan alis mata seperti yang dilakukan sebahagian kaum wanita hukumnya
HARAM. Kerana hal itu termasuk mengubah ciptaan Allah dan mengikuti syaitan yang selalu memperdaya manusia supaya mengubah ciptaan Allah. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang lain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka, yang dila'nati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya), dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (QS. 4:116-119)

Diriwayatkan dalam Kitab Ash-Shahih (Al-Bukhari dan Muslim) dari Ibnu Mas'ud Radhiyallahu 'Anhu bahawa ia berkata: "Semoga Allah melaknat wanita-wanita yang mentatto dirinya atau meminta ditattokan, yang mencukur bulu alisnya atau meminta dicukurkan, yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik dan mengubah ciptaan Allah." Kemudian beliau berkata: "Mengapa aku tidak melaknat orang-orang yang telah dilaknat oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dalam Kitabullah, yakni firman Allah:

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." (QS. 59:7)

*Aku hanya sekadar berkongsi ilmu yg ada buat peringatan diri sendiri dan jugak buat para pembaca Denai KehidupanKu. Sesungguhnya ciptaan Allah S.W.T itu sangat cantik sangat indah dgn cara & gaya yg tersendiri. Kita sebagai makhlukNya harus bersyukur dgn nikmat yg Allah kurniakan kerana setiap makhluk ciptaanNya pasti ada kecantikan bukan hanya dari paras rupa sahaja. Akhlak serta dalaman seseorang itu juga satu kecantikan. Wallahu'alam..

Posted by Siti Aishah at 11:20:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Information, Makanan Rohaniah

The Ocean Life

Thursday, May 27, 2010




...and they said to the fish,
"You are a fish. You shall live in the water"
But the fish replied,
"No!" and grew wings...


*Love to talk with animal. Its like a therapy for me besides baked my cakes & cuppies.
(^_*)

Posted by Siti Aishah at 2:25:00 AM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu

Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod