- Mengucap 2 kalimah syahadah
- Solat 5 waktu sehari semalam
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Membayar zakat
- Menunaikan fardhu haji
“Kekasihku Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda S.A.W,
“Jangan menyengutukan ALLAH TAALA dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solah dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH TAALA dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala masiat.”
(Hadith riwayat Imam Tabarani)
2. Hazrat Abu Zar RA berkata,
“Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda SAW bersabda, ” Wahai Abu Zar.” Saya menyahut, “Saya, Ya Rasulullah.” Kemudian Baginda SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapat keredhaan ALLAH TAALA, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
*Ya Allah, aku hanya sekadar menyampaikan peringatan buat para pembaca & juga buat diri sendiri agar tidak t'makan dgn hasutan syaitan laknatullah yg sentiasa mencari helah utk umat Nabi S.A.W meninggalkan solat. Soal duniawi juga penting tapi ia haruslah seimbang dgn bekalan kita semua utk di dunia yg kekal abadi nanti. Dunia ini hanya pinjaman jadi kita harus sentiasa ingatkan diri supaya 'perisai perang' yg bakal dibawa di akhirat kelak dpt melindungi dari azab seksaan di alam barzakh. Wallahu'alam...
0 comments:
Post a Comment