skip to main | skip to sidebar

♥ A Peace of Mind ♥

♥ Hit Me ♥

Cheap psychic love reading online

♥ Tik-Tok ♥

♥ About Me ♥

My Photo
Siti Aishah
Denai KehidupanKu membawa anda semua para pembaca menyelusuri lumrah bait-bait kehidupanku sebagai hambaNYA..
View my complete profile

♥ Blog Archive ♥

  • November 2011 (3)
  • October 2011 (7)
  • September 2011 (9)
  • August 2011 (3)
  • July 2011 (16)
  • June 2011 (7)
  • May 2011 (9)
  • April 2011 (5)
  • March 2011 (14)
  • February 2011 (18)
  • January 2011 (2)
  • December 2010 (2)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (6)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (9)
  • July 2010 (17)
  • June 2010 (11)
  • May 2010 (9)
  • April 2010 (4)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (3)
  • January 2010 (3)
  • December 2009 (4)
  • November 2009 (4)
  • October 2009 (3)

♥ My Family ♥

  • Bahiyah
  • Ewa
  • Kak Shu
    "I will get back to u"
    9 years ago
  • Keluarga Albi Bin Sufi
    Raya with Bakar's Albi Family
    15 years ago
  • Mokteh

♥ My Friends ♥

  • Aman
    Cara Masuk Website Yang Di Block
    15 years ago
  • Fiezaza
    Bye Bye Blogspot..
    14 years ago
  • Geng Budak Munyit
    Medan Trip 2014 (10th April - 13th April 2014)
    12 years ago
  • Paez
    2013 - full of surprise and unexpected event.
    12 years ago
  • Reza-Nani Delite
    Ramadhan 2016 Special
    10 years ago
  • Sakinah aka Sepot
    D7000
    13 years ago
  • Sapnar aka Cik Fana

♥ My Favorite ♥

  • Anak-Anak SN
    Seri hafaz Surah An Nas
    12 years ago
  • Baking Class with RND
    Vanilla Cheese Cake & Oreo Cheese Cupcake Baking Workshop
    14 years ago
  • Farin Cake House
    Kek Gulung Coklat lagiii...
    12 years ago
  • Forum Komuniti Muslim & Muslimah
    Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
    6 years ago
  • Loveliana Cakes
    9 years ago
  • Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata
    Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID?
    6 months ago
  • SN d Photographer

♥ Mumbling Zone ♥


ShoutMix chat widget

♥ Gocha ♥

DON'T CLICK ME

Denai KehidupanKu

.Denai.Aku.Ada.Kamu.Kita.Kami.Awak.Dia.Semua.

Showing posts with label Makanan Rohaniah. Show all posts
Showing posts with label Makanan Rohaniah. Show all posts

only the BEST hope.

Thursday, November 3, 2011



*only the BEST hope.

Posted by Siti Aishah at 12:59:00 PM 0 comments  

Labels: Makanan Rohaniah, Thought

Bersihkan Hati

Wednesday, September 14, 2011


[matahari terbenam di mesilou, kundasang, kaki gunung kinabalu]

bukan mudah utk bersihkan hati apatah lagi nak jaga hati. tapi bukan juga perkara yg sukar utk kita lakukan. pokok pangkal terpulang pada diri setiap individu. tanya pada diri, tanya apa kata hati? hanya diri sendiri yang mampu menjawab. nak bersihkan hati cukup luas dan melibatkan banyak aspek. bersihkan hati dari bersangka buruk, bercakap hal orang walaupun ia betul, bersihkan hati dari hasad dengki, busuk hati, iri hati, ego, takbur, dendam, bersihkan hati dari segala perkara mungkar yakni yg mendatangkan kemurkaan dan laknat dr Allah S.W.T. pendek kata bersihkan hati umpama menyucikan hati kita seperti sehelai kain putih yang bersih.

kadang-kala kita tak perasan kehidupan seharian kita ada kena-mengena dgn hati kita. sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti berkait rapat dgn apa yang kita lakukan. apa yang kita lakukan bermula dgn hati, nawaitu kita. jika kita lakukan sesuatu perkara dgn rasa tidak suka, marah, dendam atau apa sahaja maka hasilnya juga pasti tidak elok. mungkin pada diri kita rasakan kepuasan tapi kita tak sedar bahawa itu adalah permulaan hati kita menjadi kotor. dan selalu ingatkan diri bahawa kifarah yang Allah beri pada kita tak semestinya dalam bentuk yang sama. balasan yang datang boleh dalam pelbagai bentuk dan cara. sentiasa muhasabah diri sebelum tidur, apa yang aku lakukan hari ini. minta maaf dan memaafkan orang lain. sedangkan Rasullullah S.A.W ampunkan umatnya, kita yang hanya hamba biasa tak ampunkan? siapa kita disisi Allah? aku juga masih lemah dalam membuat perkara ini, cakap memang mudahkan? Allahuakakbar..~

bercakap memang senang. bibir atas bibir bawah terkatup. mudahkan? tapi utk kita laksanakan? penulisan aku kali ni buat PERINGATAN kepada diri sendiri dan juga pd mereka yang sudi membaca. kerana aku juga hanya makhluk Allah yang banyak kelemahan. yang saban hari tidak pernah lari dari membuat dosa. aku mencuba utk membersihkan hati yang penuh dgn perkara-perkara mungkar. tapi ia bukan mudah! dalam kita mencuba kadang-kala kita alpa dan kita telah kotorkan hati dalam tidak sedar. dan terkadang-kadang tu kita amat sedar. itulah yang kita panggil manusia.

hidup dalam dunia yg semakin hari semakin hampir dgn kiamat memang penuh dgn mujahadahnya. golongan yang tua boleh hanyut apatah lagi golongan muda seperti diri ini. andai dicabut nyawa pd saat ini, amat malu rasanya utk menghadap Allah S.W.T. tp kesedaran yang ada itu kadang-kala amat nipis. hari ini kita rasa bersalah, rasa insaf, rasa ingin bertaubat tp hari esok kita alpa. kita buat semula, lagi dan lagi. begitulah kitarannya. tapi sehingga bila? pembersihan hati yang memberi kesan mendalam bila mana kita berubah sedikit demi sedikit. bukan perubahan yang mendadak kerana itu hanya akan memberi kesan yang singkat. tp bagaimana utk kita dapatkan kesan yg mendalam dgn jangka masa yg lama?

amal ma'aruf nahi mungkar. adakalanya aku juga terbabas. utk bersihkan hati, sama-sama kita istighfar, solat taubat, baca al-quran, buat solat-solat sunat, berpuasa, bercakap perkara yg baik-baik sahaja, cuba elak dr perkara-perkara lagha. kerana perkara-perkara ini boleh jadi pendinding dari buat perkara-perkara yang tak elok. tp aku sendiri belum tercapai utk buat semua tu, cakap memang mudahkan? hmmm. cuba, mesti cuba buat~!!! taip berjela pun tak guna kalau sekadar taip kan. kadang-kala rasa diri ini hipokrit. hanya Allah yg mampu menilai. Allahuakbar -.-

wallhua'alam. aku berkongsi luahan rasa ini utk sama-sama kita renungi, utk kita muhasabah diri. kita berada di takuk mana pd saat ini. mohon diri ini dan juga semua saudara seislamku sentiasa dibawah lindungan rahmat Ilahi. moga kita sentiasa dipelihara dari segala musibah, malapetaka dan maksiat.

*aku sangat akui, nak bersihkan hati ni adalah perkara yg amat sukar!
mohon diberi kekuatan utk usaha ini, Ya Allah.

Posted by Siti Aishah at 1:15:00 PM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Episod KehidupanKu, Makanan Rohaniah

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Thursday, July 28, 2011



alhamdulillah
Ramadhan datang lagi
bulan yg penuh keberkatan
yg ditunggu-tunggu

4 hari lg umat islam mula berpuasa
Ya Allah, ku pohon padaMu
panjangkan umurku, sihatkan tubuh badanku
supaya aku dapat menyambut bulan yg mulia ini

kepada semua kawan, teman dan sahabat ku
maafkan segala khilaf diri ini
moga kita semua mendapat cinta yg hakiki dari Allah
di bulan yg penuh dgn barakah ini
InshaAllah

*Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432 Hijrah kepada semua umat islam serta yg sudi membaca Denai KehidupanKu :)

Posted by Siti Aishah at 10:00:00 AM 0 comments  

Labels: Happy, Makanan Rohaniah, Songs

Tiada Duka Yang Abadi by Opick

Tuesday, July 19, 2011




Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

*Ya Allah, Engkau rahmatilah & berkatilah perjalanan hidupku ini. tenangkan hatiku mengahadapi segala ujian dariMu Ya Allah!!

Posted by Siti Aishah at 7:21:00 PM 0 comments  

Labels: Episod KehidupanKu, Makanan Rohaniah, Songs

Erti Kaya Pada Mata Umum

Tuesday, May 31, 2011


Salam Denai KehidupanKu,

dah lama rasanya tak menulis panjang-panjang. dalam kepala ni rasa nak menulis bermacam-macam cerita. tapi hari ni aku rasa nak kongsi cerita tentang erti hidup pada mata si Denai KehidupanKu. agaknya kalau dibuat research 'erti kaya pada mata umum', mungkin boleh diteka apa jawapannya. tapi bukanlah untuk bersikap prejudis, jawapan boleh dalam bermacam-macam bentuk. TAPI majoriti 'erti kaya pada mata umum' adalah harta benda, wang ringgit, kemewahan, kesenangan hidup. ya, mungkin juga aku silap berkata-kata, tapi masih ade pandangan golongan minoriti yang mana erti kaya adalah kaya pada iman & taqwa, kaya pada amal ibadah, kaya pada sedekah amal jariah, kaya pada tolong-menolong, kaya pada budi bahasa, kaya pada keikhlasan hati, kaya pada ketenangan hati. semua orang mempunyai pandangan mereka sendiri.

dan pada aku, erti sebenar kekayaan dalam hidup kita adalah kaya bila kita mempunyai Allah S.W.T. dalam erti kata lain, bila kita mempunyai Allah S.W.T dalam kehidupan, kita akan ada segalanya dengan izin daripadaNYA. tapi semua orang islam mengaku bahawa diri kita mempunyai Allah S.W.T TAPI sejauh mana? adakah kita mempunyai rasa itu bila kita ditimpa musibah? bila kita diuji dengan ujian yang besar, baru terpacul di mulut utk beristighfar? bila kita kehilangan yang tersayang baru merapatkan diri padaNYA? tapi dimana semua perasaan itu bila masa kita senang? bahagia? gembira? sihat? wallahua'alambissawab. aku juga hanya insan biasa yang tak pernah lari dari membuat dosa saban hari. aku insan yang masih miskin & papa dengan iman, amal ibadah, sedekah, budi bahasa & bermacam lagi. aku masih belajar utk memperkayakan diri dengan pengertian sebenar kekayaan dalam kehidupan seharian kita. tugas atau kerjaya kadang-kadang melalaikan kita, jadikan ia alasan & bermacam lagi. ya, aku juga tergolong dalam golongan itu. betapa miskinnya aku, Ya Allah!

pada aku, hidup ini cukuplah sekadar ada. tak kurang tak berlebihan. aku dibesarkan dalam keluarga yang biasa. tak kaya dan tak juga miskin. syukur alhamdulillah, dari kecil hingga saat ini, belum pernah aku rasa terlalu susah atau terlalu senang! mak & ayah sediakan segalanya utk abang, akak & aku. cukup makan, minum, pakai, belanja itu ini, nak makan yang sedap-sedap, etc..InshaAllah kami bertiga merasa semua tuh. tapi bukanlah kemewahan, cukup sekadar ada. orang lain ada, kami pun ada. mungkin bukan kemewahan, tapi tetap ada. jika kita buat perbandingan dengan orang yang lebih kaya, pasti kita akan rasa sentiasa tak cukup itu ini. tapi kita sebenarnya wajib melihat orang yang lebih susah dari kita. tak cukup makan, pakai, tak ada rumah, berjalan kaki utk ke sana sini, duit walau seringgit pun tak ada. aku syukur sangat sebab ada rumah yang tak besar mana tapi ada tempat berteduh, kereta yang tak mewah mana tapi mampu bawa aku kemana sahaja & sedikit harta utk kami sekeluarga meneruskan keperluan hidup di dunia ini. bersyukur padaMU Ya Allah, aku tak pernah rasa susah dalam hidup walaupun hidup kami sekeluarga tak mewah dengan harta benda, wang ringgit tapi aku syukur kerana mak & ayah beri aku erti kaya yang sebenar dalam kehidupan ini..!!!

walaupun umur aku tak lah menjangkau lagi 50 ke 60 tahun tapi pengalaman hidup selama 25 tahun yang pernah aku lalui, aku lihat sendiri, aku selami, aku dengar, aku tafsir & kaji, ingin aku kongsi di sini. buat renungan serta pedoman diri ini. kaya yang melimpah-ruah bukanlah jaminan kehidupan kita bahagia! hidup dalam serba mewah dengan harta benda & wang ringgit bukanlah jaminan kita mempunyai sebuah hati yang tenang! kesenangan duniawi kita ini bukanlah jaminan bahawa di dunia yang kekal abadi kelak, hidup kita juga dalam kesenangan! TAPI islam tak pernah melarang utk kita kecapi kemewahan, kesenangan dalam kehidupan duniawi. TAPI kita harus sentiasa mengingatkan diri, bahawa diri kita hanya pinjaman sementara dimana kita akan pulangkan semula padaNYA. untuk menjamin KEKAYAAN SEBENAR KEHIDUPAN kita disana, harus kita MULAKAN dari sekarang. buatlah apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR. wallahu'alambissawab..

[InshaAllah, di entry akan datang aku ingin kongsi apa yang Allah S.W.T suruh dan apa yang Allah S.W.T larang. mohon diberi kekuatan untuk terus menulis lagi Ya Allah. aku sekadar meluahkan apa yang aku lihat & dengar dari kehidupan seharian kita.]

* 'menabunglah' dari sekarang supaya kita dapat 'menggunakannya'
di hari akhirat kelak..! :)

Posted by Siti Aishah at 10:18:00 PM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Episod KehidupanKu, Makanan Rohaniah

9 Petua Doa Dimakbulkan

Tuesday, May 3, 2011


BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."


*InshaAllah, sama-sama kita mencari keredhaan Allah dalam berdoa kepadaNYA.
Terima kasih pada halaqah.net yg berkongsi petua ni :)


Posted by Siti Aishah at 12:13:00 AM 0 comments  

Labels: Information, Makanan Rohaniah

Doa Amalan Pagi & Petang

Wednesday, March 16, 2011



Doa Amalan Pagi & Petang

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ أسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. (ثلاثا)

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tak satu pun, yang di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana dan Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)

Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang, tiada kesakitan apa jua akan di alaminya.”


Doa Abu Hurairah r.a

.اَللَّهُـمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لاَ اِلَهَ إلاَّ أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْـتُ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَـرْشِ الْعَظِيْـمِ
.مَا شَاءَ اللهُ كَـانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَـمْ يَكُنْ، وَلاَ حَـوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
.اَعْلَـمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْـرٌ، وَاَنَّ اللهَ قَدْ أَحَـاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًـا
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِـكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ كُـلِّ دَابَّـةٍ أَنْتَ آخِـذٌ بِنَا صِيَتِهاَ، إِنَّ رَبِيِّ عَلَى
.صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada tuhan selain Engkau, hanya kepada Engkau aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan yang mempunyai Keagungan.
Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki tidak akan terjadi, Tiada daya dan tiada kekuatan tanpa pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Aku mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku sendiri, dan dari kejahatan segala yang melata yang ubun-ubunnya berada dalam genggaman-Mu, sesungguhnya Tuhanku selalu berada di atas jalan yang lurus.

*dua doa di atas, sangat digalakkan buat amalan kita seharian. lebih mudah kalau kita baca lepas selesai solat Subuh dan Maghrib, InshaAllah takkan terlupa bila dah terbiasa :)


Posted by Siti Aishah at 1:14:00 PM 0 comments  

Labels: Episod KehidupanKu, Makanan Rohaniah

4 Jenis Golongan

Friday, March 4, 2011


dalam dunia ni ada 4 jenis golongan manusia/pemimpin:

1. manusia/pemimpin yg bijak dan baik
2. manusia/pemimpin yg bijak tp jahat
3. manusia/pemimpin yg bodoh tp baik
4. manusia/pemimpin yg bodoh dan jahat

1. Golongan yg pertama agak sukar untuk kita cari zaman sekarang ni. Manusia atau pemimpin yg bijak dan baik adalah satu anugerah Allah! Zaman sahabat Rasulullah SAW memang boleh kita jumpa golongan ini tp sekarang? wallahu'alam~

2. Golongan yg ke-2 cukup ramai, tak dapat nak dibilang dgn jari rasanya! Manusia atau pemimpin yg bijak tp jahat, kita boleh jumpa di kalangan kaum kita sendiri. Malu dgn hakikat tp itu la yg berlaku sekarang. Masing-masing mempunyai tujuan dan agenda tersendiri. Bijak yg ada pd diri digunakan utk kepentingan duniawi. Kepuasan diri diutamakan dgn menekan orang yg kurang bijak! Kenapa yer? Dimana silapnya? Tepuk dada tanyalah iman~

3. Golongan yg ke-3 memang ada cuma mereka tak pandai menonjolkan diri. Sebabnya mereka kurang bijak! Golongan ini hanya nampak jalan yg lurus. Tak pandai nak kona sana kona sini. Golongan ini la yg selalu dipergunakan kebaikannya! Jika golongan yg ketiga ini menjadi pemimpin, memang bahaya! Baik sahaja tak cukup sebab zaman sekarang penuh dgn golongan yg ke-2 dan ke-4.

4. Golongan yg ke-4 boleh dilihat dimana-mana saje. Biasanya mereka ini jadi tukang ampu, tukang bodek utk kepentingan diri. Tapi bila suruh buat kerja, mula berdalih itu dan ini. Sebab mereka hanya pandai cakap! Golongan ni yg paling bahaya sebabnya dah la bodoh, jahat pulak! Bak kata pepatah 'bodoh sombong'~

*jadi kita berada di golongan yg mana? begitu juga pemimpin kita pd hari ini, mereka di golongan yg mana? minta dijauhkan golongan yg ke-2, ke-3 dan ke-4. tp utk jd golongan yg pertama, perlu ada kekuatan iman! bila iman kita kuat, InshaAllah perkara yg lain akan turut serta dgn sendirinya! tp macam mana kita nak jaga iman? aku sendiri sangat lemah iman di dada! masih mencari kekuatan itu buat perisai diri juga buat bekalan pd kehidupan yg kekal abadi. wallahu'alam :)

[entry ni aku tak copy paste dr mana-mana artikel/blog org lain. aku karang sendiri. tp idea 4 jenis golongan ni dtg dr sahabat aku Mr PM. InshaAllah, di entry akan datang aku akan cuba kongsi bagaimana utk kita jaga iman. mohon diberi kekuatan utk terus menulis dlm Denai KehidupanKu. amin!]



Posted by Siti Aishah at 8:56:00 AM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Episod KehidupanKu, Makanan Rohaniah

Cantik Itu Dimana?

Tuesday, March 1, 2011



biar kamu tidak cantik dimata penghuni bumi

TETAPI

namamu menjadi perbualan penghuni langit


*cantik itu cukup luas pengertiannya,
terpulang pada diri kita untuk menilai 'cantik' itu dimana. wallahu'alam :)

Posted by Siti Aishah at 6:06:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Makanan Rohaniah

Kita Di Mana?

Wednesday, February 23, 2011


Bila bosan, mula explore website yg ada. baca & baca, jumpa artikel ni tentang kisah-kisah Para Sufi. kadang-kadang aku tak perasan aku ada sifat-sifat ni. ego? oh, itu memang pasti ada cuma aku yg menafikannya! hmmm..~ baca buat panduan dalam meniti Denai KehidupanKu sendiri. [pd yg sudi membaca pun boleh ambil buat panduan :)]

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Tatkala diri dalam kemarahan maka syaitan akan mula memainkan peranan dgn menghasut diri kita. Saat itu kalau kita tidak sabar maka akan mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan.

Cara untuk menghindar dari sifat ini :
Saat kemarahan melanda, jika waktu itu kita tengah berdiri, maka cuba kita duduk tetapi kalau dgn cara duduk tak juga jalan, maka berbaringlah tapi kalau masih belum hilang, mandilah dan ambil wudhu', InshaAllah kalau selalu diamalkan, lama kelamaan sifat ini akan berangsur hilang dari diri kita. Selamat mencuba.

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam secara kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau menempeleng orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kita kalah. Itu bererti mengutamakan kebaikan dan kasih sayang Allah.

3. Dengki
Amalanya hangus akibat dengkinya.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak, kerana dunia ini ibarat meminum air lautan walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga! org tamak selalu rugi.
Ingatlah! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak digunakan iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Perbanyakkanlah bersabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen) pasal semua org ada egonya sendiri. Cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut .

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa mencari peluang untuk dipuji. Sentiasa bersandiwara di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah
kalau kita riak dan takabbur dgn apa yg kita punyai.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulannya:
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.
Sampai bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juga akhirnya. Wallahu'alam :)

*credit to this website for good info http://i-comers.com/archive/index.php/t-781.html.


Posted by Siti Aishah at 5:03:00 PM 0 comments  

Labels: Episod KehidupanKu, Makanan Rohaniah

Salam Maulidur Rasul 1432 H

Tuesday, February 15, 2011


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas r.a)

*selamat menyambut maulidur rasul buat seluruh umat islam di bumi Allah ini :)



Posted by Siti Aishah at 3:43:00 AM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati, Information, Makanan Rohaniah

Mumbling Around

Monday, December 20, 2010



if Allah give us the opportunity to face another 20 years...


one day when we have our own family and kids..then, we will know what is exactly our mom & dad feelings. there is no turning back! maybe we are too late to ask, "oh..mom, this is what you feel, when i......." because, they are no longer in this world..! there is NO mom & dad in this world do not love their kids!

sometime, we as a kid do not understand. we thought we do a right things. our mom & dad make a wrong decision. yeah, sometime i feel the same thing. but to me, our mom & dad has right to make anything for their kids as long as its legal and follow our Islam rules! if YOU talk about our responsibilities as a kid, YOU is not a right person to speak it out. just look at yourself first, kid..! coz we're not perfect except Allah S.W.T.

to be a parent, is not easy like snap a picture. click click, tadaa..~ me also, have no idea about feel to be a mother! of course, i'm not married yet :p we can say, when i become a mother, i don't want to treat my kids like my parents did. i don't want my kids do like this. i don't want my kids do like that. i don't want my kids bla-bla. oh, yes. we could only wish but don't ever forget that we have The All Mighty Allah S.W.T where He can switch wherever He say 'kunfayakun'.

what i can say is, just be a good person to everyone. mom, dad, siblings, other families, friends, teachers then to everyone. Allah can pay us with cash. if not here, in the hereafter is a MUST. our Prophet Muhammad S.A.W can give apologies, so we as a normal human who doesn't have any power to act like we is a good one??? wallahu'alambissawab...

*endless of praying for a rainbow turn out one fine day. soon! before we 'cry with a blood' [i know i use a wrong phrase. huhu]


Posted by Siti Aishah at 6:14:00 PM 0 comments  

Labels: Bebelan Rasa, Episod KehidupanKu, Makanan Rohaniah, Thought

Kelebihan Bulan Ramadhan

Friday, August 20, 2010


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya:-

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
:Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

*moga Ramadhan kali ini membawa kita semua seribu rahmat dari Ilahi. amin Ya Allah!

Posted by Siti Aishah at 1:54:00 AM 0 comments  

Labels: Information, Makanan Rohaniah

Potong Kuku Ikut Sunnah

Wednesday, August 18, 2010


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

jari manis2 atau jari kelingking (anak jari)

tapi

jangan pakai pada jari tengah atau jari telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi S.A.W. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W. senang je kita dapat pahala.

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”)

*aku dapat info ni dari http://ohislam.com/potong-kuku-ikut-sunnah-nabi/ so pd mereka yg dah baca, kongsilah pd keluarga & kawan-kawan. InsyaAllah BITAUFIQ MAANNAJAH :)

Posted by Siti Aishah at 1:16:00 PM 0 comments  

Labels: Information, Makanan Rohaniah, Miscellaneous, Others

Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod