dalam dunia ni ada 4 jenis golongan manusia/pemimpin:
1. manusia/pemimpin yg bijak dan baik
2. manusia/pemimpin yg bijak tp jahat
3. manusia/pemimpin yg bodoh tp baik
4. manusia/pemimpin yg bodoh dan jahat
1. Golongan yg pertama agak sukar untuk kita cari zaman sekarang ni. Manusia atau pemimpin yg bijak dan baik adalah satu anugerah Allah! Zaman sahabat Rasulullah SAW memang boleh kita jumpa golongan ini tp sekarang? wallahu'alam~
2. Golongan yg ke-2 cukup ramai, tak dapat nak dibilang dgn jari rasanya! Manusia atau pemimpin yg bijak tp jahat, kita boleh jumpa di kalangan kaum kita sendiri. Malu dgn hakikat tp itu la yg berlaku sekarang. Masing-masing mempunyai tujuan dan agenda tersendiri. Bijak yg ada pd diri digunakan utk kepentingan duniawi. Kepuasan diri diutamakan dgn menekan orang yg kurang bijak! Kenapa yer? Dimana silapnya? Tepuk dada tanyalah iman~
3. Golongan yg ke-3 memang ada cuma mereka tak pandai menonjolkan diri. Sebabnya mereka kurang bijak! Golongan ini hanya nampak jalan yg lurus. Tak pandai nak kona sana kona sini. Golongan ini la yg selalu dipergunakan kebaikannya! Jika golongan yg ketiga ini menjadi pemimpin, memang bahaya! Baik sahaja tak cukup sebab zaman sekarang penuh dgn golongan yg ke-2 dan ke-4.
4. Golongan yg ke-4 boleh dilihat dimana-mana saje. Biasanya mereka ini jadi tukang ampu, tukang bodek utk kepentingan diri. Tapi bila suruh buat kerja, mula berdalih itu dan ini. Sebab mereka hanya pandai cakap! Golongan ni yg paling bahaya sebabnya dah la bodoh, jahat pulak! Bak kata pepatah 'bodoh sombong'~
*jadi kita berada di golongan yg mana? begitu juga pemimpin kita pd hari ini, mereka di golongan yg mana? minta dijauhkan golongan yg ke-2, ke-3 dan ke-4. tp utk jd golongan yg pertama, perlu ada kekuatan iman! bila iman kita kuat, InshaAllah perkara yg lain akan turut serta dgn sendirinya! tp macam mana kita nak jaga iman? aku sendiri sangat lemah iman di dada! masih mencari kekuatan itu buat perisai diri juga buat bekalan pd kehidupan yg kekal abadi. wallahu'alam :)
[entry ni aku tak copy paste dr mana-mana artikel/blog org lain. aku karang sendiri. tp idea 4 jenis golongan ni dtg dr sahabat aku Mr PM. InshaAllah, di entry akan datang aku akan cuba kongsi bagaimana utk kita jaga iman. mohon diberi kekuatan utk terus menulis dlm Denai KehidupanKu. amin!]
0 comments:
Post a Comment