[matahari terbenam di mesilou, kundasang, kaki gunung kinabalu]
bukan mudah utk bersihkan hati apatah lagi nak jaga hati. tapi bukan juga perkara yg sukar utk kita lakukan. pokok pangkal terpulang pada diri setiap individu. tanya pada diri, tanya apa kata hati? hanya diri sendiri yang mampu menjawab. nak bersihkan hati cukup luas dan melibatkan banyak aspek. bersihkan hati dari bersangka buruk, bercakap hal orang walaupun ia betul, bersihkan hati dari hasad dengki, busuk hati, iri hati, ego, takbur, dendam, bersihkan hati dari segala perkara mungkar yakni yg mendatangkan kemurkaan dan laknat dr Allah S.W.T. pendek kata bersihkan hati umpama menyucikan hati kita seperti sehelai kain putih yang bersih.
kadang-kala kita tak perasan kehidupan seharian kita ada kena-mengena dgn hati kita. sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti berkait rapat dgn apa yang kita lakukan. apa yang kita lakukan bermula dgn hati, nawaitu kita. jika kita lakukan sesuatu perkara dgn rasa tidak suka, marah, dendam atau apa sahaja maka hasilnya juga pasti tidak elok. mungkin pada diri kita rasakan kepuasan tapi kita tak sedar bahawa itu adalah permulaan hati kita menjadi kotor. dan selalu ingatkan diri bahawa kifarah yang Allah beri pada kita tak semestinya dalam bentuk yang sama. balasan yang datang boleh dalam pelbagai bentuk dan cara. sentiasa muhasabah diri sebelum tidur, apa yang aku lakukan hari ini. minta maaf dan memaafkan orang lain. sedangkan Rasullullah S.A.W ampunkan umatnya, kita yang hanya hamba biasa tak ampunkan? siapa kita disisi Allah? aku juga masih lemah dalam membuat perkara ini, cakap memang mudahkan? Allahuakakbar..~
bercakap memang senang. bibir atas bibir bawah terkatup. mudahkan? tapi utk kita laksanakan? penulisan aku kali ni buat PERINGATAN kepada diri sendiri dan juga pd mereka yang sudi membaca. kerana aku juga hanya makhluk Allah yang banyak kelemahan. yang saban hari tidak pernah lari dari membuat dosa. aku mencuba utk membersihkan hati yang penuh dgn perkara-perkara mungkar. tapi ia bukan mudah! dalam kita mencuba kadang-kala kita alpa dan kita telah kotorkan hati dalam tidak sedar. dan terkadang-kadang tu kita amat sedar. itulah yang kita panggil manusia.
hidup dalam dunia yg semakin hari semakin hampir dgn kiamat memang penuh dgn mujahadahnya. golongan yang tua boleh hanyut apatah lagi golongan muda seperti diri ini. andai dicabut nyawa pd saat ini, amat malu rasanya utk menghadap Allah S.W.T. tp kesedaran yang ada itu kadang-kala amat nipis. hari ini kita rasa bersalah, rasa insaf, rasa ingin bertaubat tp hari esok kita alpa. kita buat semula, lagi dan lagi. begitulah kitarannya. tapi sehingga bila? pembersihan hati yang memberi kesan mendalam bila mana kita berubah sedikit demi sedikit. bukan perubahan yang mendadak kerana itu hanya akan memberi kesan yang singkat. tp bagaimana utk kita dapatkan kesan yg mendalam dgn jangka masa yg lama?
amal ma'aruf nahi mungkar. adakalanya aku juga terbabas. utk bersihkan hati, sama-sama kita istighfar, solat taubat, baca al-quran, buat solat-solat sunat, berpuasa, bercakap perkara yg baik-baik sahaja, cuba elak dr perkara-perkara lagha. kerana perkara-perkara ini boleh jadi pendinding dari buat perkara-perkara yang tak elok. tp aku sendiri belum tercapai utk buat semua tu, cakap memang mudahkan? hmmm. cuba, mesti cuba buat~!!! taip berjela pun tak guna kalau sekadar taip kan. kadang-kala rasa diri ini hipokrit. hanya Allah yg mampu menilai. Allahuakbar -.-
wallhua'alam. aku berkongsi luahan rasa ini utk sama-sama kita renungi, utk kita muhasabah diri. kita berada di takuk mana pd saat ini. mohon diri ini dan juga semua saudara seislamku sentiasa dibawah lindungan rahmat Ilahi. moga kita sentiasa dipelihara dari segala musibah, malapetaka dan maksiat.
*aku sangat akui, nak bersihkan hati ni adalah perkara yg amat sukar!
mohon diberi kekuatan utk usaha ini, Ya Allah.
0 comments:
Post a Comment