He Is One Year Old
Friday, August 27, 2010
Posted by Siti Aishah at 3:54:00 AM 0 comments
Labels: Family
Kelebihan Bulan Ramadhan
Friday, August 20, 2010
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
Posted by Siti Aishah at 1:54:00 AM 0 comments
Labels: Information, Makanan Rohaniah
Potong Kuku Ikut Sunnah
Wednesday, August 18, 2010
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad S.A.W. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari: jari manis2 atau jari kelingking (anak jari) tapi jangan pakai pada jari tengah atau jari telunjuk Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi S.A.W. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W. senang je kita dapat pahala. (Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut: لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن) Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”) *aku dapat info ni dari http://ohislam.com/potong-kuku-ikut-sunnah-nabi/ so pd mereka yg dah baca, kongsilah pd keluarga & kawan-kawan. InsyaAllah BITAUFIQ MAANNAJAH :)
The Truth
Posted by Siti Aishah at 1:16:00 PM 0 comments
Labels: Information, Makanan Rohaniah, Miscellaneous, Others
Adilkah?
Monday, August 16, 2010
Posted by Siti Aishah at 12:53:00 AM 0 comments
Labels: Bingkisan Hati, Episod KehidupanKu, Friendship, Sad, Thought
Its All About Time
Saturday, August 14, 2010
Posted by Siti Aishah at 6:44:00 PM 0 comments
Labels: Bebelan Rasa, Episod KehidupanKu, Thought
Realiti Hidup
Thursday, August 12, 2010
Geli rasanya segala urat sendi aku nih bila dgr slogan yg dok dilaung2kan kat tv, surat khabar, board2 iklan, kat mana2 ajelah. Rakyat didahulukan yer? Porahhhhh…~ kenapa aku rasa geli urat sendi? Rasa nk muntah? Jomm ikuti pengalaman kisah benar aku sendiri.
Day 1 - 3/8/2010
Ayah aku gaduh sakit perut yg teramat sgt sakitnya petang selasa yg lepas. Ayah mmg pakai colostomy bag sbb ayah kena kanser usus last year. Then, sepatutnya mmg najis uncontrolled keluar dr bag tp petang tuh ayah kata tak kuar ape2 pun even setitik air. Bila ayah cuba teran lagi, yg kuar hanya darah.
So, ktorg decide (aku,mak n kakak) utk bwk ayah terus ke Hospital Melaka. Ktorg sampai kat emergency room dlm pukul 7.15 ptg. Sampai kat dpn ER, ‘aku tanya wheelchair, attendant tu ckp dah habis nak..erkk, dah abis pakcik? hmm, musykil aku..’ ayah aku jalan la pelahan2. Orang mmg ramai time tuh. Macam2 sakit yg ade. Yg accident, yg demam, yg mcm2 lagi la. Kejap lepas tuh, org azan maghrib. Ayah suh ktorg solat dulu. Abis solat, ayah still tak dipanggil. Ayah solat kat ats kerusi tepi pendaftaran sbb no giliran jauh lagi. saringan yg pertama utk jumpa dgn pembantu kesihatan (HA) pn tak selesai belum giliran nk jmpa doctor lagi. hmm, berkata2 lagi aku dlm hati.
Ktorg tunggu la mcm buah tak gugur2. Tik-tok tik-tok, orang makin lama makin berduyun2 kt ER. Dah mcm tin sardin aku rasa. Dlm pukul 9.30 lbh kurang la, baru ayah aku dpt masuk jumpa doctor. Nak dekat pukul 10 tuh, nurse mintak aku bwk ayah pegi x-ray. Lepas tu pegi balik kat ER. Tunggu n tunggu lagi. dtg nurse lelaki masuk drip air pastu inject ubat kat ayah. Then tunggu lagi kat area saringan ke-3 tuh nk dekat sejam. Mak ngn akak tunggu kat luar. Aku teman ayah. Kat situ, bkn kami jer, cukuplah ramai umat yg ada tgh tunggu turn jugak utk dibawak ke wad. Ayah smp tertidur atas kerusi dek kerana terlalu lama prosedur utk masuk wad. hmm, bermonolog lagi aku dlm hati..~
Pukul 11 lebih kurang la, baru ayah di bawak ke wad 4 aras 4. Lucky masa ayah sampai kat wad, doctor pakar mmg tgh on call round tgk pesakit. Doctor suruh sorang tunggu, then bila discuss2 ngn akak. Aku yg jaga ayah, mak pun bkn nye sihat sgt. Akak keje. Abg pun. Aku jer tgh practical. Malam tu balik rumah dulu hantar mak ngn akak then patah balik ke hospital, smp dlm pukul 1 lebih. Tgh pagi tu jugak aku uruskan guaranty letter akak utk masukkn ayah ke wad kelas 1. Sebab apa? Katil yg ayah duduk skrg katil tambahan, sampai doctor nak check kena pakai torchlight. Huh? Bantal takde, nurse kata dah habis. What the…..~ hmm, berkata2 lagi aku dlm hati. Tapi nurse kata..’besok jer la dik pindahkn ayah kamu sbb dah tgh malam n pesakit kena rehat.’ Oh, okay. Malam tu hanya beralaskan kerusi plastic yg aku susun sampai jd 3 deret utk tido. Tido pun tido2 ayam jer.
Day 2 - 4/8/2010
Siangnya, aku call mokteh utk mintak EL sbb nk jaga ayah. (syukur sbb practical dgn sedara sendiri, kalau tak segan aku nak mintak cuti) hmm, then dpt jugak ayah pindah kat katil yg lbh selesa 1 bilik 2 org. pagi tu doctor2 round. Dorg bace case note ayah aku n result dr colonoscopy yg ayah buat 2 minggu yg lepas. Then dorg decide suruh ayah puasa if any case for operation. Rabu malam tuh, perut ayah makin kembong. Mula2 just kat bhgian colostomy bag yg bengkak tp lepas tu merebak kat tepi kiri kanan perut. Ayah cakap bisanya. Hmmm, aku hilang kata2 masa tuh :(
Day 3 - 5/8/2010
Masuk hari ke-3 (khamis), doctor pakar cakap..’kita tunggu dulu dlm sehari dua yer pakcik. kalau2 perut tu susut.’ Then dia masukkn alat utk lawaskan buang air. Ayah mintak kat doctor, ‘kalau boleh saya nak operate utk masukkn balik usus yg pakai colostomy bag since kimo n radio dah abis. Doctor cakap, ‘kita tgk dulu mcm mana yer pakcik.’ then doctor benarkan ayah makan yg lembut2. Tapi ayah takut nak makan n selera pun takde. Ayah kena kesedu n batuk2 tak henti semalaman. Aku boleh rasa mcm mana sakitnya sebab effect kat perut yg bengkak tuh!
Day 4 - 6/8/2010
Masuk hari ke-4 (jumaat), ayah dah tak tahan sgt2. Dia kata bisa yg amat sgt. Aku tgk perut ayah, mmg kembung mcm org kena busung. Ya Allah, sakitnya aku tgk L doctor pakar round, then bila ayah ckp mmg dah tak boleh tahan lg doc, so doc decide utk buat emergency operation. And this is a major operation doc cakap. Its called ‘Laparatomy, Reversal of Iteostomy’ or in our words, usus tak berfungsi dgn betol.
Hanya aku sorang yg ada masa ayah nk kena pegi operate, around at 10 am. Again, aku EL. n doctor mintak aku stay kat luar OT if anything. Mak kat rumah, akak keje, abg pun keje. Seriously I need someone to talk but I keep on told myself, everything gonna be okay. Keep on praying to The All Mighty.
After 5 hours, around 3 o’clock the operation over. Syukur semuanya selamat! n doctor masukkn semula usus ayah so no need to use colostomy bag anymore. 2 in 1 operation. Thank You Allah!!! Rahmat utk bulan Ramadhan yg tak lama jer lagi.
Day 5 - 7/8/2010
Ayah still tak boleh makan sebab usus yg kena operate. Just drip air. 2nd day operation, ayah gaduh kembung perut sebab angin gas bius. Oh yer, mmg teramat sakit sebab aku dah pernah alami sendiri sakitnya gas bius dr operation nih. aku hanya mampu urut jer dgn minyak angin kat perut ayah since dia tak boleh makan n minum. Hari ni masuk hari ke-5 aku b’malam kat hospital.
Day 6 - 8/8/2010
Ayah dah boleh minum air. So aku bg dia air campur dgn Eno halia utk hilangkn angin. Mmg lepas minum ayah sendawa n kentut. Dia pun rasa lega. Tp tak smp 1 jam, ayah berak2. Sgt byk smp nurse tanya, ‘awak bg ayah awak minum ape..? err, saya bg minum Eno halia..’ patutlah, halia tu kan tajam, lepas ni jgn bg lagi’ Ya Allah, apa yg aku dah buat nih! Tak smp 15 minit pampers yg ayah pakai dah leaking. Nurse semua sibuk, lastly aku ajak mak tukarkan pampers ayah. Masa tuh, barulah aku rasa mcm mana pengorbanan seorang mak n ayah masa besarkan kita dr baby. Bersihkan taik kita masa baby, cebukkan kita, kemaskan najis2 kita tp dorg sikit pun tak mengungkit.
Ayah ckp terima kasih tp aku tahu ayah segan. Aku t’haru sgt bila ayah sebut terima kasih b’ulang kali. Terima kasih Ya Allah, hari ni Engkau berikan aku kesempatan utk aku berkhidmat buat ayah.
Day 7 till Day 9 (9/8 – 11/8)
Ayah beransur sembuh. Tp still dlm pemerhatian doctor. 1 Ramadhan kami berbuka di hospital. Ayah tak boleh puasa. Makan pun hanya bubur. Doctor nasihatkan ayah tak boleh lg kerja berat2 n tak boleh angkat benda berat. Sebab melibatkan usus. Then, the next day doctor benarkan ayah keluar hospital atas permintaan ayah. Ayah tak nak susahkan kami ulang alik setiap hari ke hospital. Alhamdulillah, everything just fine. Rahmat bulan Ramadhan utk tahun ni.
Kita mesti selalu tanya kenapa & kenapa. Kenapa perkhidmatan hospital kerajaan terlalu teruk? Terlalu lembap? Sebab hospital tak cukup kakitangan. Tak cukup doctor & staff sokongan. Kenapa tak cukup? Gaji yg tak setimpal dgn kerja. Doctor byk lari ke hospital swasta. Fasiliti hospital kerajaan pun tak mencukupi. Kadang-kadang ada kes yg aku sendiri pernah lihat depan mata, incubator utk baby tak cukup, kelengkapan perubatan tak cukup. Kat hospital besar dah macam ni apatah lagi kat klinik desa? Wallahu’alam.
Hakikatnya, kerajaan byk habiskan duit pd tempat yg tak sepatutnya. Bazirkan duit pd tempat tak mendatangkan faedah. Tp b’faedah pd poket ‘orang tertentu’. Sampai bila rakyat nk hadap semua nih?? Pd aku, aset yg sgt penting dlm sebuah negara adalah RAKYAT itu sendiri. Keselesaan kami paling penting barulah dpt menjana segala perjalanan sebuah negara. Slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ hanya sekadar laungan saje tp tak bererti pun pd aku.
Pd ‘mereka’ yg tertentu pasti tak lalui sendiri mcm mana susahnya rakyat dr golongan sederhana yg hanya mampu ke hospital kerajaan. ‘mereka’ dptkan khidmat doctor swasta & ‘golongan’ tertentu yg penuh ‘poketnya’ terus ke hospital luar negara. Sebab tu ‘golongan’ ni tak pernah rasa apa yg rakyat biasa hadapi setiap hari.
Aku sebagai rakyat, rasa sgt terkilan & sedih. Sepatutnya sistem perubatan & fasiliti hospital adalah antara yg paling UTAMA selain pendidikan. Tp apa yg aku lihat & lalui sendiri pengalaman hanya ‘Indah Khabar dari Rupa’. Aku cukup bangga & hormat pd pemimpin2 kita yg terdahulu. Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak, Tun Ghaffar Baba yg benar2 berjuang seikhlas hati buat rakyatnya! Tak langsung fikir utk 'penuhkan poket sendiri'. Itulah baru benar2 seorang pemimpin! Wahai pemimpin M'sia, bangunlah. Perjuangkan hak kami & nasib rakyat yg sebenar-benarnya!!!
Posted by Siti Aishah at 12:54:00 AM 0 comments
Labels: Bebelan Rasa, Episod KehidupanKu, Family
Ramadhan 1431 Hijrah
Wednesday, August 11, 2010
Posted by Siti Aishah at 1:30:00 AM 0 comments
Labels: Episod KehidupanKu, Miscellaneous
'Sakaratulmaut'
Monday, August 2, 2010
Sebelum nih, aku hanya ziarah org yg dah meninggal. Tak pernah tgk masa mereka dlm keadaan nazak. Dulu masa atok, aku kecik lagi tak ingat langsung. 2 hari yg lepas, kami sekeluarga balik kampung sebelah ayah kat pontian, JB. Moksu dah call dr selasa ari tu, bg tau yg nenek tak boleh jalan dah. Memang b4 nih, nenek dah lama kena sakit tua @ nyanyuk.
Malam tu ktorg sampai, nenek tak tido lagi. ramai yg ade masa tuh. Cik ana, paklang, pakleh, pakndak dan, pakcit net. Boleh kata anak2, cucu cicit semua ade balik. Last ktorg balik masa kenduri kawen syikin, cousin aku bln 12 kot. Tak ingat dah.
Memang nampak ketara sgt yg nenek uzur. Terlalu uzur. Ayah aku pun dia tak kenal apatah lagi aku yg cucu nih. Hanya mampu terbaring & pandang ktorg dgn pandangan kosong. Seksanya aku rasa sakit tua nih. Ya Allah lindungilah & peliharalah mak ayah aku dr azab sakitMu. Jemputlah mak ayah aku dlm keadaan yg tenang. Janganlah Engkau bg sakit yg mak ayah aku tak tertampung sakitnya Ya Allah!
Bila tgk nenek dlm keadaan mcm tuh, rasa insaf sgt. Terlalu azab rasanya. Allah turunkan penyakit utk kita bg menghapuskan dosa2 selama kita hidup kat dunia nih. Dan benarlah kata Allah, segala perbuatan masa hidup kita akan terbawak2 smp la ke mati. Jika masa hidup kita ikut lorong yg benar, taat segala perintah Allah, tp hubungan kita dgn suami, hubungan dgn anak2, hubungan sesama manusia hanya dipandang remeh maka masih tak sempurna lagi ibadah kita.
Byk yg aku lihat, byk contoh yg aku saksikan sendiri. Kehidupan kita nih, sukar utk kita tahu pengakhirannya. Ade orang cukup senang dijemput Ilahi. Dlm keadaan tido, solat. Tp sakitnya sakaratulmaut tu tetap ade Cuma kita tak tahu mcm mana sakitnya. Sedangkan Rasullullah S.A.W yg paling ringan sakitnya pun masih rasa sakit yg teramat sgt apatah lagi kita manusia biasa yg mmg sentiasa bergelumang dgn dosa & maksiat. Allahuakbar.
2 hari kat kampung, byk benda2 pelik yg aku tengok. Bukanlah pelik tp lebih tepat lagi, tanda2 org yg dah nak mati. Aku perhatikan saje segala perlakuan nenek. Mak aku ckp, ‘org yg nak mati ni, suka susur tepi kain, baju or tepi kain sarung bantal.’ Ape saje yg nenek pegang, dia akan susur tepi kain or baju org. nenek sebut semua adik bradik dia yg dah meninggal. Nenek tunjuk kat atas siling & mcm seolah2 ckp dgn ‘org’ tu. Kadang2 dia takut sgt. Hidung, telinga dia pun dah ‘jatuh’. Aku tak reti nak tgk tentang tuh tp nenek sedara ckp mmg ketara sgt. Byk lagi tanda2 yg ade. Wallahu’alam…
Semua yg aku saksikan nih, buat rasa diri nih teramat takut!! Terdetik kat hati..’mcm mana agaknya nasib aku bila tua nanti?’ hanya doa yg dpt aku pohon dariMu Ya Allah! Kuatkan Imanku, berikan HidayahMu, peliharalah & lindungilah hambaMu ini dr segala maksiat, hal2 duniawi yg melalaikan Ya Allah..
Buat nenekku Ramlah Othman, siti doakan nenek sentiasa dirahmati Allah. Moga terampun segala dosa2 yg lalu, Ya Allah, jika ini penghujungnya, janganlah Engkau seksa lagi nenek. Kami semua sentiasa meredhakan ketentuanNya. Amin, Ya Robbal A’lamin..!
Posted by Siti Aishah at 12:32:00 AM 0 comments
Labels: Bebelan Rasa, Episod KehidupanKu, Family
Happy Friendship Day
Sunday, August 1, 2010
1 August 2010
Happy Friendship Day
to all my friends out there
wish you all always be bless
by Allah S.W.T in whatever you do
I have so many friends
but I never ever forget them
because they are my precious gift by Allah
no matter how n no matter what happened
all I want you, you and you to know is
i’m so glad that I can be your friends
and you all become my friends
many friends
few best buddies
but less than 10 who I called
‘my sweet n sour’
who are far n far away
who are always next to me
who are always in my mind
who are always in my heart
who are always in my doa
yes..its you, you n you
Ya Allah,
thank you so much for your gifts
Posted by Siti Aishah at 12:43:00 AM 0 comments
Labels: Friendship, Student Life