..speechless..
Wednesday, December 9, 2009
Posted by Siti Aishah at 4:26:00 PM 0 comments
Labels: Episod KehidupanKu
Barakah Ramadhan 1430 Hijrah
Saturday, November 21, 2009
Tahniah buat abang & kakak iparku atas kelahiran ini..bagi mak & ayahku tersangatlah gembira menyambut cucu pertama ini dan secara rasminya mereka bergelar datuk & nenek..[hehehe] aku sememangnya amat gembira kerana pertama kali menjadi auntie @ busu..kini aku boleh bangga sebab sudah ada anak buah...ouh, sangat excited sebenarnya..[hahaha]
Baby fahmi cukuplah comel & sangat tembam pipinya..mak kata sebiji ikut abang aku masa kecik2 dulu..cuma abang aku terlebih tembam sikit dari baby fahmi..[hahaha] hari ini 20 November 2009, baby fahmi telah pun berusia 2 bulan 24 hari...cukup pantas masa berlalukan..tak lama lagi boleh la aku bawak baby fahmi jalan2..suka sangaaaat, busu dia yg over excited pulak..ngeee :D
Okay, pada baby fahmi membesarlah kamu dengan sihat..sesungguhnya, saat ini dialah buah hati pengarang jantungku...busu siti sangatttt ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ sama kamu tahu..~!!! ini dia gambar2 baby fahmi ketika usianya baru sehari...[gambar2 terkini akan di upload di post yg akan datang pulak yer]
*Kenapa baru sekarang post entry ini? Ouh,sebabkan aku baru jer berjinak-jinak dlm dunia blogger ini...[hehehe]
Posted by Siti Aishah at 12:44:00 AM 0 comments
Labels: Family
Jika Aku Jatuh Cinta
Friday, November 20, 2009
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada sesorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah KEKUATANKU untuk menyintaiMu...
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta NAFSU...
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padaNya
agar tidak BERPALING daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
SYAHID di jalanMu...
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
BERMUNAJAT di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih & terjatuh dalam
perjalanan panjang MENYERU manusia kepadaMu...
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki & rindu abadi
hanya kepadaMu...AMEEN!
*Doaku..moga kita sama-sama berjaya di dunia & akhirat...berjaya dalam mengharungi segala dugaan & cabaran...yang sememangnya menguji kekuatan IMAN..kerana tapak IMAN itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...Wallahu'alambissawab!
Posted by Siti Aishah at 3:29:00 PM 0 comments
Labels: Bingkisan Hati
Selamat Ulangtahun ke-58 Bonda
Sunday, November 15, 2009

Selamat Hari Lahir ke-58 MAK!!!

Sesungguhnya insan ini tercipta utk menjadi nafas cahaya hidupku!
Posted by Siti Aishah at 6:35:00 PM 0 comments
Labels: Family
peperangan berakhir
Dalam byk2 exam, exam kali nie mencatat sejarah yg tak akan aku lupakan smp la ke akhir hayatku...hehe! kenapa aku ckp macam tu?! nak di jadikan cerita, exam aku start 28hb Oct yg lalu..paper kedua 5hb Nov iaitu bersamaan hari khamis! Tapi yg aku dgn sgt yakin tanpa tgk calendar sangkanya 5hb tu hari jumaat!
Sudahnya, dipendekkan cerita...aku hanya tersedar when someone calling me but i can't answer then it been a missed call..then,aku tgk la siapa yg call pehtu baru terperasan date kat hp...aku tertiba terkesima..terkedu..its 5th Nov and its my second paper on that day!!! lagi 3 jam paper mula baru aku sedar..Ya Allah!!! ape yg aku buat nih!! its a FINAL EXAM okay not test or quiz or what so ever...rasa syukur tak terhingga bcoz aku tersedar awal & yg penting lucky that paper start at 2:15pm not 9:00am!!! aku pun tak tahu nak kata apa..mak ayah mengucap panjang..dan kawan2 cool down kan aku...Ya Allah,sangat gila apa yg aku buat nih!! mungkin juga sebab aku duduk dgn keluarga bukan dgn kawan2 sebab tu aku rasa releks jer...
Hahaha!! itu la antara ole-ole exam utk sem 4 nih!!! sumpah aku tak akan buat lagi!!! sangat2 fobia dgn tarikh dan hari mulai dari saat itu...dugaan lain? yer, seterusnya paper ke-3 Channel Management..Ya Allah, aku rasa seperti tak belajar apa2 masa jawab paper tuh..sangat..super..duper..superb SUSAH~!!! dan bila ditanya semua orang, diakui soalan Channel sem ini TERAMAT susah...! aku hanya mampu berdoa & tawakkal saje utk resultnya!!!
Paper ke-4 dan ke-5 boleh tahan...kira aku boleh menjawabnya compare dgn paper Channel tuh...jadi pd saat ini, peperangan telah berakhir dgn paper terakhirku tengahari td yg bley dikatakan 95% aku dpt menjawabnya..syukur alhamdulillah :)
Sem 4 ini juga byk menguji daya ketahanan mental & fizikal aku!!! cukup byk dugaannya... assignment, test, quiz, project paper, report...Ouhh,ianya cukup memeritkan tapi sungguh bermakna...memeritkan bila ia melibatkan salah faham dlm kumpulan...bukan sikit salah fahamnya..biarlah hanya aku dan 'mereka' mengetahuinya...bermakna sebab ia byk memberi aku pengalaman, ilmu, kemanisan dlm persahabtan yg tak mungkin aku jumpa zaman pekerjaan nanti...
Semua itu lumrah kehidupan dlm dunia bergelar mahasiswa & mahasiswi yg wajib ditempuh & diharungi...jadi diri kita yg punyai akal fikiran seharusnya meletakkan diri di landasan yg betul supaya kita tak hanyut, sesat & karam di lautan yg penuh gelora cabarannya!!! InsyaAllah, ameen :)
* Ya Allah, aku hanya mampu utk berdoa saat ini supaya semua keputusanku lulus hendaknya...ku pohon semuanya LULUS, itu saje ku pinta Ya Allah!!!
Posted by Siti Aishah at 5:36:00 PM 0 comments
Labels: Student Life

