Sahabat itu umpama bayang-bayang
Sentiasa ada untuk berkongsi segala-galanya
Sahabat itu umpama cermin
Wajahnya sentiasa membuat hati ku tersenyum
Sahabat itu umpama langit-langit
Yang memberi perlindungan sedaya kudrat yang ada
Sahabat itu umpama coklat
Mencoret diri ku dengan pelbagai kemanisan
Sahabat itu umpama gunung
Penuh semangat dalam segala caturan yang ditempuh
Sahabat itu umpama bumi
Yang memberi persinggahan buat sementara waktu
Sahabat itu umpama sungai
Arusnya mengalir tenang yang mendamaikan jiwa ku
Sahabat itu umpama dedaun
Menghijau memberi nafas bagi mendenyutkan jantung ku
Sahabat itu umpama pelangi
Mewarnai dunia mewarnai kisah ku
Sahabat itu umpama mata pena
Yang tajam membela nasib ku bila ditomah
Sahabat itu umpama intan permata
Harta yang tersangat bernilai dalam hidup ku
Sahabat itu umpama pelita
Yang menerangi lorong gelap ku
Sahabat itu umpama kain putih
Hadirnya mencorakkan Denai KehidupanKu.
*Terima kasih pada mereka yang hadir dlm hidupku sebagai seorang SAHABAT. Sesungguhnya kamu dan kamu adalah anugerah Allah S.W.T yang tiada galang gantinya. Moga persahabatan kita ini diberkati, dirahmati & sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa. Amen Ya Allah!
0 comments:
Post a Comment