Ya Allah,
permudahkanlah segala urusan hambaMu
dalam menuju ke Tanah Suci.
begitu juga buat kedua ibu bapaku
tabahkan hati mereka Ya Allah,
kuatkan semangat mereka
dalam menempuhi segala mujahadahMu.
pandanglah ibu bapaku dengan pandangan rahmatMu
kabulkanlah setiap baris doa mereka
hadiahkan mereka haji yang Mabrur Ya Allah.
dan Engkau pulangkanlah mereka
ke sisiku sedikit masa lagi
kerana mereka berdua adalah insan
yang paling berharga lebih dari nyawaku.
-------------------------------------------------------------------------
gambar yg paling berharga. alhamdulillah.
aku sayang mereka berdua. sangat~!!!
terima kasih semua yg sudi hantar :)
*hari ni mak ayah baru sampai Mekah selepas 9 hari di Madinah.
risau? sentiasa. permudahkan segalanya Ya Allah!!!
0 comments:
Post a Comment