aku rasa kosong
dikala seminggu lagi
Peperiksaan Akhir
bagi Tahun Akhir
utk Ijazah ku
kadang terlalu sakit
tapi hidup ini sentiasa cantik
kerana Allah itu Maha Adil
bukan salah sesiapa
tapi ia salah aku sendiri
kerana membenarkan
perasaan itu kuasai hati
setiap kali persoalan ini bermain di fikiran
siapakah yg bakal menjadi imam buat solatku?
hanya Dia Sang Pencipta yg Maha Mengetahui
Ya Allah, aku sgt memerlukan kekuatan
imanku, mentalku, jiwaku, rohaniku
Ya Allah, aku mendambakan ketenangan
fikiranku, perasaanku, hatiku
di saat ini Engkau tunjukkanlah denai buatku
kerana aku hampir tewas dgn perasaan sendiri
hijab yg terbentang adalah 'kun fayakun' dariMu
aku redha dgn ketentuan ini
tapi aku tak ingin menipu diri
kerana sakitnya membuat aku bejat
dari menumpukan sepenuhnya pada
peperiksaan akhirku
*bantulah hambaMu ini Ya Rabb!
0 comments:
Post a Comment