serius aku TERSANGAT menyampah
untuk tengok berita-berita
yg ada kat television sekarang nih
tv3 yg swasta apatah lagi tv1 milik kerajaan
kenapa mesti setiap hari berita yg sama???
kalau sejam berita, setengah jam berita dok kisar benda yg sama!!!
aku betul tak paham~!!!
kalau aku sebagai rakyat,
setiap hari disuap dgn benda yg sama
aku akan mula cari alternatif lain
untuk dapatkan sumber maklumat
kerajaan tak pernah fikir ke,
atau orang cerdik pandai dalam kabinet
dah tak boleh nak fikir langsung???
cubalah fikir dgn MATA HATI wahai menteri-menteri
dan yg paling atas tu Perdana Menteri, pak najib oiii~
aku tahu semua saluran,
baik media elektronik mahupun media cetak
semua di kawal oleh kerajaan
sebab itu, mereka-mereka lantang bersuara
tp bila setiap hari benda yg sama
rakyat rasa MELUAT, MENYAMPAH~!!!!
dari takde perasaan benci pada kerajaan
sampai rasa TERAMAT benci
pada aku tak perlu terlalu
beria-ia sangatlah nak war-war dlm tv
rakyat dari takde rasa benci
mula rasa benci, tak ke bodoh namanya~!!!
agaknya 'mereka' ingat
dgn sumbat berita-berita yg sama setiap hari
boleh tanam perasaan benci pd pembangkang
100% SALAH tindakan & perancangan kerajaan tuh!
patutnya, bersederhana sahaja
biar rakyat fikir & buat keputusan sendiri
masa pilihanraya, itu sebetulnya kan???
banyak lagi berita lain dlm Malaysia
pasal kebajikan, kesihatan, pelajaran,
dokumentari, kajian, jenayah, agama, bla-bla..~
mmg berita-berita ni ada, tp sgt kurang!!!
kesimpulannya, waktu berita
aku akan online tak pun baca buku
bila tanya pd kawan-kawan,
majoriti kata benda yg sama
"dulu aku takde lah tak suka BN ke UMNO,
tp bila setiap hari tgk & dgr benda yg sama,
aku jadi MENYAMPAH, MELUAT"
*bodohkan namanya tuh? tolonglah, kerajaan fikir cara lain utk menang hati rakyat~!!! [kena ban ke kalau aku luahkan rasa macam nih? huhu]
0 comments:
Post a Comment