hari ni aku kerja tawaf Melaka. ada urusan kerja di Sg. Rambai. along d way utk ke sana, lalu kawasan Merlimau. nampak mereka bertungku-lumus menurap jalan-jalan. yg peliknya, jalan yg diturap betul-betul di traffic light, which is pd aku, tempat orang ramai akan nampak la kan. eheh. pandai sungguh! padahal jalannya dah cukup elok, takde lberlubang ke lekuk ke. hmm, normal la tuh~ kawasan Merlimau yg lain, sedang HEBAT dengan segala frasarana saat ini. kesan dari PRK yg tak lama lagi. ouh, menarik sungguh suasana yg aku sempat tengok td. untung orang-orang Merlimau~ patut masa-masa macam ni la, ketua kampung kena cepat & tangkas, sebab mintak apa pun mesti dapat. haha :p tak kisah la yg tu! nak hidup, mesti lincah segala otak fikiran kan~ sebab 'mereka' pun sangat lincah mengatur 'agenda'.
p/s: duit kerajaan=duit rakyat yg disalurkn, boleh la~ lepas tu, mulalah bermanifesto sana-sini, 'kami' telah bawa banyak kemajuan di kawasan ini. oh ya, kami tak buta! memang kami nampak tp kalau duit yg diguna untuk bawa kemajuan datang dari poket sendiri takpe la. tapi, duitnya hasil dari kami sebagai rakyat Malaysia ni. heboh dalam media, papan iklan sana-sini..satu lagi projek oleh ******* ******** ********..~ what the hell??? kalau diwar-warkan satu lagi projek oleh Kerjaan Malaysia, oh aku sangat setuju! tapi 'mereka' pandai sungguh mengaburi mata rakyat terutama orang-orang kampung, orang-orang tua, orang-orang yg tidak celik IT, orang-orang yg kurang memikir. hmmm~ [pandai sunggun 'mereka' berpropaganda kan..~]
aku bukan nak berpolitik. aku tak minat pun dunia politik ni. sebab mengundang bala & dosa ajer! apa yg aku concern is HAK AKU SEBAGAI RAKYAT. aku kagum dengan pucuk pemerintahan zaman atok-nenek kita dulu. zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Ghaffar Baba, etc. mereka adalah pemimpin yg memikirkan hak & nasib kita sebagai rakyat. tak fikir untuk 'penuhkan poket sendiri'. moto yg dilaung-laungkan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' hanya indah khabar dr rupa. sebab? aku sendiri mengalami kesannya. kalau hak rakyat diuatamakan, frasarana di hospital kerajaaan sepatutnya yg paling bagus! tp, ayah aku hampir-hampir jd mangsa disebabkan frasarana hospital kerajaan yg teruk!!! baru kes ayah aku, kes orang lain? baru hospital, belum tengok yg lain-lain~ wallahu'alam!
jadi, tak kiralah siapa menang siapa yg kalah. siapa PM siapa pembangkang! aku hanya mahukan seorang pemerintah & sebuah kerajaan yg mengutamakan nasib rakyatnya! hospital, pendidikan, kebajikan, segala harga barangan, segala yg kena dgn rakyat la pendek kata~ oh, bermimpi seketika dimana Malaysia diperintah oleh Saidina Umar Al-Kahttab R.A. pasti empayar Malaysia hebat. ops, mimpi sajelah! eheh =.=
*agaknya bila la kawasan Bukit Rambai nak PRK? route Bukit Rambai-Batang Tiga sangat teruk! YB*** dr parti **, bila la jalan nak diturap yg baru? dah lebih 3 tahun, jalan tu tetap sama~ ke nak tunggu PRU? manifesto bukan main lagi~ ceh! [agak-agak, ade orang nak ban ke blog aku nih? sila la, tp aku ckp benda betol..~] >,<
0 comments:
Post a Comment