Selamat Menyambut Awal Muharam buat semua kaum muslimin & muslimat..berlabuhnya tirai 1430H & datangnya 1431H adalah satu kepastian! setiap yg bermula pasti berakhir..saat bertukar minit..minit bertukar jam..jam bertukar hari..hari bertukar bulan..bulan bertukar tahun..lumrah kehidupan yg harus ditempuhi oleh setiap anak adam & hawa..
Bagi aku, 1430H mencoret pelbagai kisah perjalanan hidupku..gembira, sedih, tawa, tangis, marah, pengorbanan & kasih sayang..ia ibarat cili, asam, garam & bawang dlm masakan..tanpa bahan2 ini pasti masakan tiada rasa & nikmatnya..maka segala rasa ini yg membawa diriku berani utk melangkah kehadapan mengharungi ranjau kehidupan yg sememangnya tersangat mencabar!
Kadang-kadang, aku tertanya-tanya pd diri sendiri..siapa aku sebagai seorang hambaNYA? siapa aku sebagai seorang anak? siapa aku sebagai seorang sahabat? siapa aku sebagai seorang pelajar? siapa aku di muka bumi ini? kesemua watak ini terpikul di bahuku bagi menyahut seruan Illahi dlm menjadi khalifah yg sebenar, tapi..mampukah aku?!
1. Siapa aku sebagai hambaNYA?
- Aku cuba menjadi hamba yg taat pd perintahNYA..dlm erti kata lain, aku berusaha utk menguatkan Iman di hati ini dlm mencari hidayah yg hakiki..sesungguhnya berkata-kata adalah mudah tapi perlaksanaannya?!
- Aku akui diri ini adalah hambaMU yg lemah imannya..rapuh pegangannya..aku masih mencari kekuatan bg menguatkan Iman & terus mencari sinar Nur dlm kegelapan..
- Mampukah aku mencapai keinginan ini Ya Allah?! Kau berikanlah petunjuk & Nur supaya hambaMU yg hina lagi lemah ini tidak terus hanyut dlm keasyikan duniawi.
2. Siapa aku sebagai anak?
- Tiada yg lebih indah & bahagia dari melihat senyuman kedua orang tua kita..senyuman mak & ayah adalah kebahagiaan diri ini..kadang-kadang kita melihat mereka melahirkan senyuman tapi adakah hati mereka turut tersenyum?! Ya Allah, Kau berikanlah aku kesempatan utk membuat mereka tersenyum..begitu juga dgn hati mereka sementara mak & ayahku masih di dunia ini!
- Setiap insan punyai impian & harapan dlm kehidupan..begitu juga dgn diriku..sebagai anak, aku hanya punyai satu impian yg mana impian ini mengatasi segala impian yg aku impikan..tapi adakah aku mampu melunaskan impian ini sebelum mak & ayahku menutup mata mereka buat selamanya?! kadang-kala impian ini aku rasakan satu bebanan yg tersangat berat, mampukah aku?! andai aku tidak mampu lunaskan dgn perbuatan, aku cuba dgn kata-kata..andai itu juga aku tidak mampu, hanya berdoa shja yg dpt aku panjatkan Ya Allah!!!
3. Siapa aku sebagai sahabat?
- Kita hidup di dunia ini bukan berseorangan..kita memerlukan insan yg digelar sahabat @ teman @ kawan-kawan selain drpd keluarga..sesungguhnya kita harus bijak dlm mencari kawan-kawan..bak kata pepatah melayu "rambut sama hitam tapi hati lain-lain" yg mana kita anggap mereka kawan tapi mereka anggap kita lawan..sukar utk kita tafsirkan hati seseorang namun itulah warna-warni dunia persahabatan..
- Aku cuba utk menjadi sahabat yg sejati..sahabat sejati cukup sukar dicari dlm dunia ini, mungkin ia satu dlm seribu..sahabat sejati yg selalu mendekatkan kita pd Allah S.W.T, kehadirannya dpt menyejukkan hati yg panas, pandangannya yg bernas, budi pekertinya mencerminkan muslim @ muslimah sejati & yg paling penting akhlaknya seperti akhlak sahabat-sahabat Nabi S.A.W..mampukah aku menjadi seperti ini?! Ya Allah kurniakan aku ciri-ciri ini dlm menjadi & mencari sahabat sejatiMU..[bersyukur kerana aku telah dikurniakan seorang sahabat sejati dunia akhirat..ameen]
4. Siapa aku sebagai pelajar?
- Menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad @ mencari ilmu biarlah sampai ke negeri china..perumpamaan spt ini menggambarkan betapa pentingnya ilmu dlm diri setiap manusia..miskin macam mana pun hidup kita tapi kaya ilmu di dada ia cukup bernilai berbanding kaya macam mana pun hidup kita tapi miskin ilmu di dada ia langsung tiada nilai..tepuk dada tanyalah Iman!
- Aku masih mencari & akan terus mencari ilmu buat diri ini..bukan hanya ilmu akademik dlm menentukan pencarian kerja..tapi ilmu yg merangkumi segalanya..ilmu duniawi yg perlu dlm membawa diri & ilmu hakiki yg perlu dlm menerangi hidup supaya tidak hanyut di buai mimpi mainan syaitan! Ya Allah, berikan aku kekuatan dlm mencari ilmu-ilmu ini serta berikanlah keberkatanMU!
5. Siapa aku di muka bumi ini?
- Aku hanya manusia biasa yg sentiasa menerima dugaan & godaan syaitan.. setiap hari tidak pernah lari dari membuat dosa..begitu lemah Iman ini Ya Allah, mampukah aku berdepan dgn Kau Ya Allah di padang mahsyar nanti?! sudah cukupkah amalanku? sudah cukupkah ibadatku? sudah cukupkah pahalaku? andai esok Kau mencabut nyawaku, tidak terbayang apakah nasibku di hari akhirat kelak..
- Ya Allah..berikan hambaMU ini kesempatan nafas yg ada utk menghayati & mendalami erti Iman yg sebenar..menjadi umatMU yg zuhud?! mampukah aku? hati ini meronta-ronta menginginkan bermacam-macam benda..mampukah aku melawan nafsu keinginan itu semua?
- Sesungguhnya aku adalah hambaMU yg hina..lemah segalanya..aku hanya mampu berdoa supaya Kau jaga Hatiku..Imanku..Diriku..dalam mengharungi denai kehidupanku yg penuh godaan syaitan laknattullah!!!
Cukup panjang penulisan kali ini..awal muharam yg penuh berkat ini, aku harapkan sinar akan menerangi sepanjang tahun 1431 Hijrah! Semoga diriku mampu menunaikan segala impian & azam yg di harapkan seperti di atas ini..InsyaAllah..ameen! Wallahhu'alambissawab!
0 comments:
Post a Comment