skip to main | skip to sidebar

♥ A Peace of Mind ♥

♥ Hit Me ♥

Cheap psychic love reading online

♥ Tik-Tok ♥

♥ About Me ♥

My Photo
Siti Aishah
Denai KehidupanKu membawa anda semua para pembaca menyelusuri lumrah bait-bait kehidupanku sebagai hambaNYA..
View my complete profile

♥ Blog Archive ♥

  • November 2011 (3)
  • October 2011 (7)
  • September 2011 (9)
  • August 2011 (3)
  • July 2011 (16)
  • June 2011 (7)
  • May 2011 (9)
  • April 2011 (5)
  • March 2011 (14)
  • February 2011 (18)
  • January 2011 (2)
  • December 2010 (2)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (6)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (9)
  • July 2010 (17)
  • June 2010 (11)
  • May 2010 (9)
  • April 2010 (4)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (3)
  • January 2010 (3)
  • December 2009 (4)
  • November 2009 (4)
  • October 2009 (3)

♥ My Family ♥

  • Bahiyah
  • Ewa
  • Kak Shu
    "I will get back to u"
    8 years ago
  • Keluarga Albi Bin Sufi
    Raya with Bakar's Albi Family
    13 years ago
  • Mokteh

♥ My Friends ♥

  • Aman
    Cara Masuk Website Yang Di Block
    14 years ago
  • Fiezaza
    Bye Bye Blogspot..
    13 years ago
  • Geng Budak Munyit
    Medan Trip 2014 (10th April - 13th April 2014)
    11 years ago
  • Paez
    2013 - full of surprise and unexpected event.
    11 years ago
  • Reza-Nani Delite
    Ramadhan 2016 Special
    9 years ago
  • Sakinah aka Sepot
    D7000
    12 years ago
  • Sapnar aka Cik Fana

♥ My Favorite ♥

  • Anak-Anak SN
    Seri hafaz Surah An Nas
    11 years ago
  • Baking Class with RND
    Vanilla Cheese Cake & Oreo Cheese Cupcake Baking Workshop
    13 years ago
  • Farin Cake House
    Kek Gulung Coklat lagiii...
    10 years ago
  • Forum Komuniti Muslim & Muslimah
    Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
    5 years ago
  • Loveliana Cakes
    8 years ago
  • Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata
    (KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA
    5 years ago
  • SN d Photographer

♥ Mumbling Zone ♥


ShoutMix chat widget

♥ Gocha ♥

DON'T CLICK ME

Denai KehidupanKu

.Denai.Aku.Ada.Kamu.Kita.Kami.Awak.Dia.Semua.

Erti Kaya Pada Mata Umum

Tuesday, May 31, 2011


Salam Denai KehidupanKu,

dah lama rasanya tak menulis panjang-panjang. dalam kepala ni rasa nak menulis bermacam-macam cerita. tapi hari ni aku rasa nak kongsi cerita tentang erti hidup pada mata si Denai KehidupanKu. agaknya kalau dibuat research 'erti kaya pada mata umum', mungkin boleh diteka apa jawapannya. tapi bukanlah untuk bersikap prejudis, jawapan boleh dalam bermacam-macam bentuk. TAPI majoriti 'erti kaya pada mata umum' adalah harta benda, wang ringgit, kemewahan, kesenangan hidup. ya, mungkin juga aku silap berkata-kata, tapi masih ade pandangan golongan minoriti yang mana erti kaya adalah kaya pada iman & taqwa, kaya pada amal ibadah, kaya pada sedekah amal jariah, kaya pada tolong-menolong, kaya pada budi bahasa, kaya pada keikhlasan hati, kaya pada ketenangan hati. semua orang mempunyai pandangan mereka sendiri.

dan pada aku, erti sebenar kekayaan dalam hidup kita adalah kaya bila kita mempunyai Allah S.W.T. dalam erti kata lain, bila kita mempunyai Allah S.W.T dalam kehidupan, kita akan ada segalanya dengan izin daripadaNYA. tapi semua orang islam mengaku bahawa diri kita mempunyai Allah S.W.T TAPI sejauh mana? adakah kita mempunyai rasa itu bila kita ditimpa musibah? bila kita diuji dengan ujian yang besar, baru terpacul di mulut utk beristighfar? bila kita kehilangan yang tersayang baru merapatkan diri padaNYA? tapi dimana semua perasaan itu bila masa kita senang? bahagia? gembira? sihat? wallahua'alambissawab. aku juga hanya insan biasa yang tak pernah lari dari membuat dosa saban hari. aku insan yang masih miskin & papa dengan iman, amal ibadah, sedekah, budi bahasa & bermacam lagi. aku masih belajar utk memperkayakan diri dengan pengertian sebenar kekayaan dalam kehidupan seharian kita. tugas atau kerjaya kadang-kadang melalaikan kita, jadikan ia alasan & bermacam lagi. ya, aku juga tergolong dalam golongan itu. betapa miskinnya aku, Ya Allah!

pada aku, hidup ini cukuplah sekadar ada. tak kurang tak berlebihan. aku dibesarkan dalam keluarga yang biasa. tak kaya dan tak juga miskin. syukur alhamdulillah, dari kecil hingga saat ini, belum pernah aku rasa terlalu susah atau terlalu senang! mak & ayah sediakan segalanya utk abang, akak & aku. cukup makan, minum, pakai, belanja itu ini, nak makan yang sedap-sedap, etc..InshaAllah kami bertiga merasa semua tuh. tapi bukanlah kemewahan, cukup sekadar ada. orang lain ada, kami pun ada. mungkin bukan kemewahan, tapi tetap ada. jika kita buat perbandingan dengan orang yang lebih kaya, pasti kita akan rasa sentiasa tak cukup itu ini. tapi kita sebenarnya wajib melihat orang yang lebih susah dari kita. tak cukup makan, pakai, tak ada rumah, berjalan kaki utk ke sana sini, duit walau seringgit pun tak ada. aku syukur sangat sebab ada rumah yang tak besar mana tapi ada tempat berteduh, kereta yang tak mewah mana tapi mampu bawa aku kemana sahaja & sedikit harta utk kami sekeluarga meneruskan keperluan hidup di dunia ini. bersyukur padaMU Ya Allah, aku tak pernah rasa susah dalam hidup walaupun hidup kami sekeluarga tak mewah dengan harta benda, wang ringgit tapi aku syukur kerana mak & ayah beri aku erti kaya yang sebenar dalam kehidupan ini..!!!

walaupun umur aku tak lah menjangkau lagi 50 ke 60 tahun tapi pengalaman hidup selama 25 tahun yang pernah aku lalui, aku lihat sendiri, aku selami, aku dengar, aku tafsir & kaji, ingin aku kongsi di sini. buat renungan serta pedoman diri ini. kaya yang melimpah-ruah bukanlah jaminan kehidupan kita bahagia! hidup dalam serba mewah dengan harta benda & wang ringgit bukanlah jaminan kita mempunyai sebuah hati yang tenang! kesenangan duniawi kita ini bukanlah jaminan bahawa di dunia yang kekal abadi kelak, hidup kita juga dalam kesenangan! TAPI islam tak pernah melarang utk kita kecapi kemewahan, kesenangan dalam kehidupan duniawi. TAPI kita harus sentiasa mengingatkan diri, bahawa diri kita hanya pinjaman sementara dimana kita akan pulangkan semula padaNYA. untuk menjamin KEKAYAAN SEBENAR KEHIDUPAN kita disana, harus kita MULAKAN dari sekarang. buatlah apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR. wallahu'alambissawab..

[InshaAllah, di entry akan datang aku ingin kongsi apa yang Allah S.W.T suruh dan apa yang Allah S.W.T larang. mohon diberi kekuatan untuk terus menulis lagi Ya Allah. aku sekadar meluahkan apa yang aku lihat & dengar dari kehidupan seharian kita.]

* 'menabunglah' dari sekarang supaya kita dapat 'menggunakannya'
di hari akhirat kelak..! :)

Posted by Siti Aishah at 10:18:00 PM  

Labels: Bebelan Rasa, Episod KehidupanKu, Makanan Rohaniah

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod