skip to main | skip to sidebar

♥ A Peace of Mind ♥

♥ Hit Me ♥

Cheap psychic love reading online

♥ Tik-Tok ♥

♥ About Me ♥

My Photo
Siti Aishah
Denai KehidupanKu membawa anda semua para pembaca menyelusuri lumrah bait-bait kehidupanku sebagai hambaNYA..
View my complete profile

♥ Blog Archive ♥

  • November 2011 (3)
  • October 2011 (7)
  • September 2011 (9)
  • August 2011 (3)
  • July 2011 (16)
  • June 2011 (7)
  • May 2011 (9)
  • April 2011 (5)
  • March 2011 (14)
  • February 2011 (18)
  • January 2011 (2)
  • December 2010 (2)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (6)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (9)
  • July 2010 (17)
  • June 2010 (11)
  • May 2010 (9)
  • April 2010 (4)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (3)
  • January 2010 (3)
  • December 2009 (4)
  • November 2009 (4)
  • October 2009 (3)

♥ My Family ♥

  • Bahiyah
  • Ewa
  • Kak Shu
    "I will get back to u"
    8 years ago
  • Keluarga Albi Bin Sufi
    Raya with Bakar's Albi Family
    13 years ago
  • Mokteh

♥ My Friends ♥

  • Aman
    Cara Masuk Website Yang Di Block
    14 years ago
  • Fiezaza
    Bye Bye Blogspot..
    13 years ago
  • Geng Budak Munyit
    Medan Trip 2014 (10th April - 13th April 2014)
    11 years ago
  • Paez
    2013 - full of surprise and unexpected event.
    11 years ago
  • Reza-Nani Delite
    Ramadhan 2016 Special
    9 years ago
  • Sakinah aka Sepot
    D7000
    12 years ago
  • Sapnar aka Cik Fana

♥ My Favorite ♥

  • Anak-Anak SN
    Seri hafaz Surah An Nas
    11 years ago
  • Baking Class with RND
    Vanilla Cheese Cake & Oreo Cheese Cupcake Baking Workshop
    13 years ago
  • Farin Cake House
    Kek Gulung Coklat lagiii...
    10 years ago
  • Forum Komuniti Muslim & Muslimah
    Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
    5 years ago
  • Loveliana Cakes
    8 years ago
  • Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata
    (KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA
    5 years ago
  • SN d Photographer

♥ Mumbling Zone ♥


ShoutMix chat widget

♥ Gocha ♥

DON'T CLICK ME

Denai KehidupanKu

.Denai.Aku.Ada.Kamu.Kita.Kami.Awak.Dia.Semua.

Kelebihan Bulan Ramadhan

Friday, August 20, 2010


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya:-

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud
:Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

*moga Ramadhan kali ini membawa kita semua seribu rahmat dari Ilahi. amin Ya Allah!

Posted by Siti Aishah at 1:54:00 AM  

Labels: Information, Makanan Rohaniah

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod