Terlalu banyak yg berlaku. Tapi semua ni bukanlah kehendak kita semua. Cuma kadang-kadang kita alpa dgn tindakan sendiri. Hanya ikutkan rasa marah & hasutan dari syaitan laknatullah yg mmg gemar dgn memporak-perandakan umat Nabi S.A.W. Apa yg telah berlaku banyak mengajar diriku.
Kita bukanlah orang yg layak utk jatuhkan sebarang hukuman sebelum terbuktinya kesalahan sesorang itu. Tapi aku akui, aku juga hampir tewas dgn mainan ini kerana sudah 50% kepercayaan kuasai diri. Ya Allah, ampunilah diri ini.
Tapi mungkin pertalian kawan itu mengajar aku & seorang lagi sahabatku, mencari & terus mencari kebenaran. Bukan utk menangkan kawan baik @ apa sahaja yg mungkin kawan sekelas fikirkan. Tapi aku org yg mencari kebenaran yg tak boleh dipertikan lagi barulah hati ini rasa puas.
Alhamdulillah, kebenaran itu akhirnya kami jumpa. Ternyata kawan yg kami kenal tak akan menikam kami dari belakang. Cukuplah utk aku tahu itu. Memang tangunggjawab aku & sahabat utk bela maruah kawan baik kami tapi bagi aku cukuplah kami tahu kedudukan sebenar. Tetapi syukur kebenaran itu dapat dibentang di hadapan kelas. Aku akui masih ada segelintir yg tak percaya dgn kebenaran ini. Biarlah Allah sahaja yg membalasnya.
Bagi diriku, sangat banyak yg aku pelajari dari musibah yg terjadi dalam kelas kami. Ada baik & buruknya. Dari sini, kami dapat kenal setiap hati & budi kawan-kawan. Biarlah apa yg berlaku menjadi titik permulaan bagi eratkan lagi sillaturahim kita semua!
Musibah yg berlaku pada kita semua adalah petunjuk dari Allah S.W.T bagi segala tindakan & dosa kita yg lalu. Ingatlah kawan-kawan semua juga buat diriku, kita perlu sentiasa ingat akan Maha Pencipta tak kira waktu senang @ susah, waktu gembira @ sedih. Jangan hanya bila kita ditimpa musibah baru mencari & tercari-cari.
*Sabda dari Rasulullah S.A.W. "Adalah lebih baik tersalah ampun daripada tersilap menjatuhkan hukuman!" Allahuakbar!
0 comments:
Post a Comment