satu waktu dulu
aku terkenangkan zaman indah
zaman di mana aku menjadi anak kecil
yang tidak tahu apa-apa
hanya menginginkan keseronokan
tidak pernah terfikir susah senang kehidupan
segalanya terbentang di depan mata
dan kini
aku menginjak ke alam dewasa
satu persatu aku lalui & aku selami
betapa sukarnya denai kehidupan
yang dulunya aku sangkakan mudah
rupanya penuh liku, dugaan serta ranjaunya
aku akur pada ketentuan Ilahi
siapa kita..ke mana kita..
segalanya telah direncanakan di lohmahfuz
tetapi itu bukan menjadi batu pengukur
bg kita menerima sahaja apa yg berlaku
kerana caturan Allah itu Maha Hebat Maha Adil
maka wujudnya istilah 'berjuang dahulu sebelum menyerah'
barulah di susuli dgn doa, tawakkal dan redha
denai kehidupan ini cukup cantik
Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita
pd mereka yg cuba menidakkan kehebatanNya
insaflah kamu pohonlah keampunan
sesungguhnya lahir kita di dunia ini
membawa seribu erti seribu kata
buat diriku
hayatilah denai kehidupan ini dengan penuh rasa rendah diri
sentiasa ingat di hati
bahawa diri ini hanyalah pinjaman semata
dunia yg abadi yg hakiki pasti menunggu kelak
jd persiapkanlah segala kelengkapan diri
dgn amalan, ibadah, sedekah
supaya menjadi perisai di padang mahsyar nanti
buat pembacaku
selamilah diri anda semua
bersediakah kita andai hari esok
kita dijemput malaikat Izzrail
mampukah kita mengadap Yang Maha Esa

*Wallahu'alam bissawab..aku menulis hanya sekadar buat peringatan diri ini juga buat para pembaca..berkongsi demi mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya sekadar satu pentas kehidupan yg dipinjamkan yang mana satu hari nanti kita harus pulangkan ia kepada Sang Pencipta..Allahuakbar!!!
0 comments:
Post a Comment