skip to main | skip to sidebar

♥ A Peace of Mind ♥

♥ Hit Me ♥

Cheap psychic love reading online

♥ Tik-Tok ♥

♥ About Me ♥

My Photo
Siti Aishah
Denai KehidupanKu membawa anda semua para pembaca menyelusuri lumrah bait-bait kehidupanku sebagai hambaNYA..
View my complete profile

♥ Blog Archive ♥

  • November 2011 (3)
  • October 2011 (7)
  • September 2011 (9)
  • August 2011 (3)
  • July 2011 (16)
  • June 2011 (7)
  • May 2011 (9)
  • April 2011 (5)
  • March 2011 (14)
  • February 2011 (18)
  • January 2011 (2)
  • December 2010 (2)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (6)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (9)
  • July 2010 (17)
  • June 2010 (11)
  • May 2010 (9)
  • April 2010 (4)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (3)
  • January 2010 (3)
  • December 2009 (4)
  • November 2009 (4)
  • October 2009 (3)

♥ My Family ♥

  • Bahiyah
  • Ewa
  • Kak Shu
    "I will get back to u"
    8 years ago
  • Keluarga Albi Bin Sufi
    Raya with Bakar's Albi Family
    13 years ago
  • Mokteh

♥ My Friends ♥

  • Aman
    Cara Masuk Website Yang Di Block
    14 years ago
  • Fiezaza
    Bye Bye Blogspot..
    13 years ago
  • Geng Budak Munyit
    Medan Trip 2014 (10th April - 13th April 2014)
    11 years ago
  • Paez
    2013 - full of surprise and unexpected event.
    11 years ago
  • Reza-Nani Delite
    Ramadhan 2016 Special
    9 years ago
  • Sakinah aka Sepot
    D7000
    12 years ago
  • Sapnar aka Cik Fana

♥ My Favorite ♥

  • Anak-Anak SN
    Seri hafaz Surah An Nas
    11 years ago
  • Baking Class with RND
    Vanilla Cheese Cake & Oreo Cheese Cupcake Baking Workshop
    13 years ago
  • Farin Cake House
    Kek Gulung Coklat lagiii...
    10 years ago
  • Forum Komuniti Muslim & Muslimah
    Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
    5 years ago
  • Loveliana Cakes
    8 years ago
  • Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata
    (KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA
    5 years ago
  • SN d Photographer

♥ Mumbling Zone ♥


ShoutMix chat widget

♥ Gocha ♥

DON'T CLICK ME

Denai KehidupanKu

.Denai.Aku.Ada.Kamu.Kita.Kami.Awak.Dia.Semua.

Penutup 2009 Pembuka 2010

Thursday, December 31, 2009

..Salam buat Denai KehidupanKu..


2009 kian hampir melabuhkan tirainya,
2010 menunggu saat mengorak pelbagai kisah,
buat semua tatapan pembacaku,
aku ucapkan "Selamat Tahun Baru".


moga tahun 2010 ini membawa sinar,
dalam denai kehidupanku,
moga tahun ini juga dpt aku capai impianku,
yg selama ini masih belum tercapai.


kupanjatkan doa padaMu Ya Allah,
aku hanya mampu merancang & berusaha,
tp Kau Maha Mengetahui apa yg terbaik buatku,
aku redha & tawakkal dgn sgala ketentuanMu.

Posted by Siti Aishah at 11:38:00 PM 0 comments  

Labels: Episod KehidupanKu

Rectosigmoid Colon

Saturday, December 26, 2009

Apa itu Rectosigmoid Colon?! ia adalah sejenis penyakit yg boleh m'bawa maut..rectosigmoid colon nama saintifiknya @ nama melayunya 'kanser usus'..penyakit pembunuh no.2 selepas penyakit jantung..aku sekadar ingin b'kongsi pengalaman yg mana penyakit ini telah menghantui hidup ayahku pd awal tahun yg lalu..


Aku ingat lagi rentetan penyakit yg telah menyerang ayahku..sekitar Januari 2009, ayah buat operation utk buasir yg mmg dah lame ayah aku simpan..buasir yg ayah ada mmg di peringkat yg teruk krn buasirnya b'darah..then, lepas operate ayah rasa sihat & dpt buang air dgn selesa..kami sekeluarga pun turut lega & b'syukur..


Tp lepas brape bulan, ayah gaduh sakit perut lg & susah nak buang air..berat badan ayah mmg turun mendadak..lepas bincang dgn family, ktorg decide utk jumpa blik doktor pakar yg operate ayah kat hospital putra..then, doktor decide utk scan usus ayah..aku ingat lg tarikhnya 27 Mei 2009, aku yg teman ayah utk result scan yg dibuat..


Doktor tu sdri yg bgtau aku, ingat lg ayat dia.."hurmm, kami dah dpt ujian makmal dr cntoh daging yg diambil dr usus ayah awk & ayah awk mmg ada masalah..ayah awk ade kanser usus.." saat tu,aku hanya mampu tgk muka doktor dgn pandangan yg kosong..aku pndang ayah, tp muka ayah sangat tenang..dlm hati aku, aku hanya mampu b'kata "Ya Allah,berat sungguh ujian yg Kau berikan pd ayahku & juga kami sekeluarga.."


Balik dr hospital, ktorg sggah mkn kt klebang..tengah2 mkn tu tetiba ayah ckp "tak sangka luar ayah nmpk sihat jer tak tahu pulak kt dlm nih ada kanser.." aku hnya mampu t'senyum tawar tgk ayah masa tuh..besoknya, mak ckp kat aku "pg td lepas solat subuh, ayah awk menangis dlm doanya.." saat tuh aku rasa terlalu sayu..sbb apa yg aku lihat ayah sgt tenang dpn anak2.. seorang lelaki & juga seorang ayah b'pura-pura kuat depan anak2..itu saat yg cukup menghiris hatiku!


Aku ingat lg tarikhnya 22 Jun 2009, hari dimana ayah operate utk buang kanser ususnya..juga hari dimana aku ada final exam utk intersesiku..tuhan saje yg tahu mcm mana rasanya hati ini.. abis saje final exam aku terus ke hospital kem terendak..masa aku smpai ayah dah selamat operate & dah sedar dr bius..doktor ckp yg kanser ayah either stage 3 or 4 & kanser tu da hmpir tembus dinding usus..kira ayah b'tuah dpt tahu awal walaupun lewat dah aku rasa..


2 minggu lbh aku jaga ayah kat hospital..mak pun tak sihat sgt, akak & abang kerja..kebetulan aku tgh cuti sem..alhamdulillah cntik sgguh caturan yg Kau buat Ya Allah..byk pengalaman yg aku dpt spjg duduk kat hospital..lihat org sakit buat kita rasa insaf & rasa b'syukur krn kita sihat dr sgala penyakit..lepas sebulan br ayah dpt keluar hospital..


Badan ayah mmg kurus yg amat..b'bulan baru pulih..after a few month, ayah keep on check up kat hospital kem terendak then utk cimotherapy & radiotheraphy ayah kena refer ke hospital pakar onkologi kat HKL..around bulan Disember, ayah start utk kimo & radio serentak..pd asalnya doktor kat HKL ckp ayah cuma kena kimo 2x radio 3x..last2 end up nya, ayah kena 25x cimotheraphy 30x radiotheraphy..tak t'bayang dek akalku sbenarnya! skrg nih ayah br jer selesai 1st round kimo & radio..another 4 round nti bln Februari 2010..


Tp ayah yg aku lihat, luarannya menahan sakit spya anak2 tak nmpak..pdhal hakikatnya, aku boleh lihat dr muka dia..smp skrg ayah msih pkai colostomy bag @ dipanggil bag najis..sbb ayah tak boleh buang air secara biasa buat smentara waktu..lepas slesai kimo & radio br dpt buang air scara normal semula..


Alhamdulillah, dunia perubatan kita pd hari ini smakin maju..kalau dulu org kata kimo & radio boleh bwk maut..bkn saje bunuh sel kanser tp sel hidup jugak..kesannya yg sgt teruk cntohnya mcm muntah2, cirit birit, mulut pecah2, pening, tak b'daya nak b'jalan, rmbut gugur..tp aku b'syukur..ayah aku tak lalui semua keadaan tu..cuma pening & rasa sgt letih tu mmg ada..area yg ayah aku kena radio tu pun hitam sbb pncaran laser yg panas..


Terima kasih Ya Allah krn Kau berikan kekuatan utk ayahku hadapi dgn tabah! b'syukur krn aku masih mampu melihat ayah t'senyum..kanser selalunya boleh dtg semula selepas b'tahun lamanya..tp aku tak nak pikir semua tuh, yg aku tahu aku nak ayah aku sihat semula!!! Ya Allah, Kau bebaskanlah ayahku dr kanser ini..Ameen!

Posted by Siti Aishah at 11:35:00 PM 0 comments  

Labels: Family

1 Muharam 1431 Hijrah

Friday, December 18, 2009

Selamat Menyambut Awal Muharam buat semua kaum muslimin & muslimat..berlabuhnya tirai 1430H & datangnya 1431H adalah satu kepastian! setiap yg bermula pasti berakhir..saat bertukar minit..minit bertukar jam..jam bertukar hari..hari bertukar bulan..bulan bertukar tahun..lumrah kehidupan yg harus ditempuhi oleh setiap anak adam & hawa..

Bagi aku, 1430H mencoret pelbagai kisah perjalanan hidupku..gembira, sedih, tawa, tangis, marah, pengorbanan & kasih sayang..ia ibarat cili, asam, garam & bawang dlm masakan..tanpa bahan2 ini pasti masakan tiada rasa & nikmatnya..maka segala rasa ini yg membawa diriku berani utk melangkah kehadapan mengharungi ranjau kehidupan yg sememangnya tersangat mencabar!

Kadang-kadang, aku tertanya-tanya pd diri sendiri..siapa aku sebagai seorang hambaNYA? siapa aku sebagai seorang anak? siapa aku sebagai seorang sahabat? siapa aku sebagai seorang pelajar? siapa aku di muka bumi ini? kesemua watak ini terpikul di bahuku bagi menyahut seruan Illahi dlm menjadi khalifah yg sebenar, tapi..mampukah aku?!


1. Siapa aku sebagai hambaNYA?
  • Aku cuba menjadi hamba yg taat pd perintahNYA..dlm erti kata lain, aku berusaha utk menguatkan Iman di hati ini dlm mencari hidayah yg hakiki..sesungguhnya berkata-kata adalah mudah tapi perlaksanaannya?!

  • Aku akui diri ini adalah hambaMU yg lemah imannya..rapuh pegangannya..aku masih mencari kekuatan bg menguatkan Iman & terus mencari sinar Nur dlm kegelapan..

  • Mampukah aku mencapai keinginan ini Ya Allah?! Kau berikanlah petunjuk & Nur supaya hambaMU yg hina lagi lemah ini tidak terus hanyut dlm keasyikan duniawi.

2. Siapa aku sebagai anak?

  • Tiada yg lebih indah & bahagia dari melihat senyuman kedua orang tua kita..senyuman mak & ayah adalah kebahagiaan diri ini..kadang-kadang kita melihat mereka melahirkan senyuman tapi adakah hati mereka turut tersenyum?! Ya Allah, Kau berikanlah aku kesempatan utk membuat mereka tersenyum..begitu juga dgn hati mereka sementara mak & ayahku masih di dunia ini!
  • Setiap insan punyai impian & harapan dlm kehidupan..begitu juga dgn diriku..sebagai anak, aku hanya punyai satu impian yg mana impian ini mengatasi segala impian yg aku impikan..tapi adakah aku mampu melunaskan impian ini sebelum mak & ayahku menutup mata mereka buat selamanya?! kadang-kala impian ini aku rasakan satu bebanan yg tersangat berat, mampukah aku?! andai aku tidak mampu lunaskan dgn perbuatan, aku cuba dgn kata-kata..andai itu juga aku tidak mampu, hanya berdoa shja yg dpt aku panjatkan Ya Allah!!!

3. Siapa aku sebagai sahabat?

  • Kita hidup di dunia ini bukan berseorangan..kita memerlukan insan yg digelar sahabat @ teman @ kawan-kawan selain drpd keluarga..sesungguhnya kita harus bijak dlm mencari kawan-kawan..bak kata pepatah melayu "rambut sama hitam tapi hati lain-lain" yg mana kita anggap mereka kawan tapi mereka anggap kita lawan..sukar utk kita tafsirkan hati seseorang namun itulah warna-warni dunia persahabatan..
  • Aku cuba utk menjadi sahabat yg sejati..sahabat sejati cukup sukar dicari dlm dunia ini, mungkin ia satu dlm seribu..sahabat sejati yg selalu mendekatkan kita pd Allah S.W.T, kehadirannya dpt menyejukkan hati yg panas, pandangannya yg bernas, budi pekertinya mencerminkan muslim @ muslimah sejati & yg paling penting akhlaknya seperti akhlak sahabat-sahabat Nabi S.A.W..mampukah aku menjadi seperti ini?! Ya Allah kurniakan aku ciri-ciri ini dlm menjadi & mencari sahabat sejatiMU..[bersyukur kerana aku telah dikurniakan seorang sahabat sejati dunia akhirat..ameen]

4. Siapa aku sebagai pelajar?

  • Menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad @ mencari ilmu biarlah sampai ke negeri china..perumpamaan spt ini menggambarkan betapa pentingnya ilmu dlm diri setiap manusia..miskin macam mana pun hidup kita tapi kaya ilmu di dada ia cukup bernilai berbanding kaya macam mana pun hidup kita tapi miskin ilmu di dada ia langsung tiada nilai..tepuk dada tanyalah Iman!
  • Aku masih mencari & akan terus mencari ilmu buat diri ini..bukan hanya ilmu akademik dlm menentukan pencarian kerja..tapi ilmu yg merangkumi segalanya..ilmu duniawi yg perlu dlm membawa diri & ilmu hakiki yg perlu dlm menerangi hidup supaya tidak hanyut di buai mimpi mainan syaitan! Ya Allah, berikan aku kekuatan dlm mencari ilmu-ilmu ini serta berikanlah keberkatanMU!

5. Siapa aku di muka bumi ini?

  • Aku hanya manusia biasa yg sentiasa menerima dugaan & godaan syaitan.. setiap hari tidak pernah lari dari membuat dosa..begitu lemah Iman ini Ya Allah, mampukah aku berdepan dgn Kau Ya Allah di padang mahsyar nanti?! sudah cukupkah amalanku? sudah cukupkah ibadatku? sudah cukupkah pahalaku? andai esok Kau mencabut nyawaku, tidak terbayang apakah nasibku di hari akhirat kelak..
  • Ya Allah..berikan hambaMU ini kesempatan nafas yg ada utk menghayati & mendalami erti Iman yg sebenar..menjadi umatMU yg zuhud?! mampukah aku? hati ini meronta-ronta menginginkan bermacam-macam benda..mampukah aku melawan nafsu keinginan itu semua?
  • Sesungguhnya aku adalah hambaMU yg hina..lemah segalanya..aku hanya mampu berdoa supaya Kau jaga Hatiku..Imanku..Diriku..dalam mengharungi denai kehidupanku yg penuh godaan syaitan laknattullah!!!

Cukup panjang penulisan kali ini..awal muharam yg penuh berkat ini, aku harapkan sinar akan menerangi sepanjang tahun 1431 Hijrah! Semoga diriku mampu menunaikan segala impian & azam yg di harapkan seperti di atas ini..InsyaAllah..ameen! Wallahhu'alambissawab!

Posted by Siti Aishah at 3:16:00 PM 0 comments  

Labels: Episod KehidupanKu

..speechless..

Wednesday, December 9, 2009

Its HARD to keep it..but HAVE to keep it..and WOMAN feelings always been LOCKED deep in heart..while NOBODY will know it..!!!


Ouh, why its happening??? can't think..can't smile..can't talk..BUT its still happen..arghhh, feel like my head to BLOW UP~!!! Damn it~!!!


*please i HAVE to STOP all of this!

Posted by Siti Aishah at 4:26:00 PM 0 comments  

Labels: Episod KehidupanKu

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod