skip to main | skip to sidebar

♥ A Peace of Mind ♥

♥ Hit Me ♥

Cheap psychic love reading online

♥ Tik-Tok ♥

♥ About Me ♥

My Photo
Siti Aishah
Denai KehidupanKu membawa anda semua para pembaca menyelusuri lumrah bait-bait kehidupanku sebagai hambaNYA..
View my complete profile

♥ Blog Archive ♥

  • November 2011 (3)
  • October 2011 (7)
  • September 2011 (9)
  • August 2011 (3)
  • July 2011 (16)
  • June 2011 (7)
  • May 2011 (9)
  • April 2011 (5)
  • March 2011 (14)
  • February 2011 (18)
  • January 2011 (2)
  • December 2010 (2)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (6)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (9)
  • July 2010 (17)
  • June 2010 (11)
  • May 2010 (9)
  • April 2010 (4)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (3)
  • January 2010 (3)
  • December 2009 (4)
  • November 2009 (4)
  • October 2009 (3)

♥ My Family ♥

  • Bahiyah
  • Ewa
  • Kak Shu
    "I will get back to u"
    8 years ago
  • Keluarga Albi Bin Sufi
    Raya with Bakar's Albi Family
    13 years ago
  • Mokteh

♥ My Friends ♥

  • Aman
    Cara Masuk Website Yang Di Block
    14 years ago
  • Fiezaza
    Bye Bye Blogspot..
    13 years ago
  • Geng Budak Munyit
    Medan Trip 2014 (10th April - 13th April 2014)
    11 years ago
  • Paez
    2013 - full of surprise and unexpected event.
    11 years ago
  • Reza-Nani Delite
    Ramadhan 2016 Special
    9 years ago
  • Sakinah aka Sepot
    D7000
    12 years ago
  • Sapnar aka Cik Fana

♥ My Favorite ♥

  • Anak-Anak SN
    Seri hafaz Surah An Nas
    11 years ago
  • Baking Class with RND
    Vanilla Cheese Cake & Oreo Cheese Cupcake Baking Workshop
    13 years ago
  • Farin Cake House
    Kek Gulung Coklat lagiii...
    10 years ago
  • Forum Komuniti Muslim & Muslimah
    Suburkan Kekuatan Rohani Dambakan Kebahagiaan Hakiki
    5 years ago
  • Loveliana Cakes
    8 years ago
  • Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata
    (KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA
    5 years ago
  • SN d Photographer

♥ Mumbling Zone ♥


ShoutMix chat widget

♥ Gocha ♥

DON'T CLICK ME

Denai KehidupanKu

.Denai.Aku.Ada.Kamu.Kita.Kami.Awak.Dia.Semua.

Barakah Ramadhan 1430 Hijrah

Saturday, November 21, 2009

Syukur ke hadrat Ilahi, bulan Ramadhan yang lalu ahli keluarga kami bertambah lagi seorang...Tanggal 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadhan 1430H lahirnya bayi lelaki seberat 3.2 kg pada jam 9:44 malam pada hari khamis..Alhamdulillah bayi yg cukup sihat dan sempurna sifatnya diberi nama Muhammad Aliff Fahmi!


Tahniah buat abang & kakak iparku atas kelahiran ini..bagi mak & ayahku tersangatlah gembira menyambut cucu pertama ini dan secara rasminya mereka bergelar datuk & nenek..[hehehe] aku sememangnya amat gembira kerana pertama kali menjadi auntie @ busu..kini aku boleh bangga sebab sudah ada anak buah...ouh, sangat excited sebenarnya..[hahaha]


Baby fahmi cukuplah comel & sangat tembam pipinya..mak kata sebiji ikut abang aku masa kecik2 dulu..cuma abang aku terlebih tembam sikit dari baby fahmi..[hahaha] hari ini 20 November 2009, baby fahmi telah pun berusia 2 bulan 24 hari...cukup pantas masa berlalukan..tak lama lagi boleh la aku bawak baby fahmi jalan2..suka sangaaaat, busu dia yg over excited pulak..ngeee :D


Okay, pada baby fahmi membesarlah kamu dengan sihat..sesungguhnya, saat ini dialah buah hati pengarang jantungku...busu siti sangatttt ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ sama kamu tahu..~!!! ini dia gambar2 baby fahmi ketika usianya baru sehari...[gambar2 terkini akan di upload di post yg akan datang pulak yer]




*Kenapa baru sekarang post entry ini? Ouh,sebabkan aku baru jer berjinak-jinak dlm dunia blogger ini...[hehehe]

Posted by Siti Aishah at 12:44:00 AM 0 comments  

Labels: Family

Jika Aku Jatuh Cinta

Friday, November 20, 2009

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada sesorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah KEKUATANKU untuk menyintaiMu...


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta NAFSU...


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padaNya
agar tidak BERPALING daripada hatiMu...


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
SYAHID di jalanMu...


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
BERMUNAJAT di sepertiga malam terakhirMu...


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih & terjatuh dalam
perjalanan panjang MENYERU manusia kepadaMu...


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki & rindu abadi
hanya kepadaMu...AMEEN!


*Doaku..moga kita sama-sama berjaya di dunia & akhirat...berjaya dalam mengharungi segala dugaan & cabaran...yang sememangnya menguji kekuatan IMAN..kerana tapak IMAN itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...Wallahu'alambissawab!

Posted by Siti Aishah at 3:29:00 PM 0 comments  

Labels: Bingkisan Hati

Selamat Ulangtahun ke-58 Bonda

Sunday, November 15, 2009

Tanggal 15 November 1951 lahirnya seorang insan yg diberi nama Zainab Bt Bakar...anak sulung dari 10 org adik-beradik ini adalah insan yg paling berharga dalam hidupku..tiada galang gantinya! hadirnya sbg mak,ibu,ummi,mama,mummy atau apa shja panggilan utknya..dialah permata hatiku!

Pengorbanannya utk keluarga tercinta tak pernah padam..sehingga saat ini beliau masih gagah berjuang utk anak-anak & suami tercinta..begitu byk pahit manis yg ditempuh sehingga beliau cekal & tabah mengharungi liku-liku kehidupan..anak-anak pengubat lara setelah penat bekerja & suami tempat berlindung kasih..

Setengah abad sudah usianya, namun beliau masih mengharungi kehidupan ini..menguruskan rumah tangga sehabis sempurna yg mampu..bukan sahaja menjadi isteri tp beliau juga menjadi ibu yg cukup penyayang & pemurah kpd anak-anaknya..bagi diriku, beliau bkn sekadar insan yg melahirkan aku tapi juga seorang wanita,kawan,teman,sahabat yg teramat memahami diriku..

Andai diberi pena utk aku nukilkan penghargaan padamu ibu, tidakkan cukup dakwatnya utk aku coretkan, kasihmu ibarat seteguk air di gurun sahara yg tak pernah kan cukup utk menghilangkan dahaga kerana kasihmu melimpah dalam diri ini sepanjang hayatku..

Aku doakan dirimu dilimpahi rahmat Ilahi sepanjang hayatmu, sihat utk menunaikan ibadahmu, & semoga kamu kuat utk mengharungi kehidupan ini serta dapat melihat hari di mana anak bongsumu ini meraih kejayaan & juga merestui hari bahagiaku nanti..InsyaAllah, ameen :)


Selamat Hari Lahir ke-58 MAK!!!



Sesungguhnya insan ini tercipta utk menjadi nafas cahaya hidupku!

Posted by Siti Aishah at 6:35:00 PM 0 comments  

Labels: Family

peperangan berakhir

Kemaafan dipinta hampir 3 minggu lebih aku tak berkesempatan utk update Denai KehidupanKu ini...huhu! kenapa tajuk post aku begitu? Ouh, itu kerana aku berjuang di medan peperangan bersama otakku,buku2 & pena...


Tapi sepanjang 3 minggu ini, bermacam2 cabaran yg aku tempuh...5 paper kesemuanya sem 4 ini & semuanya 4 jam credit hour..bkn agak lg mmg cukup berat! study last minit itu perkara biasa la pd aku..hehe..dr sekolah smp la ke degree nie, pasti ade istilah 'study last minit'...~


Dalam byk2 exam, exam kali nie mencatat sejarah yg tak akan aku lupakan smp la ke akhir hayatku...hehe! kenapa aku ckp macam tu?! nak di jadikan cerita, exam aku start 28hb Oct yg lalu..paper kedua 5hb Nov iaitu bersamaan hari khamis! Tapi yg aku dgn sgt yakin tanpa tgk calendar sangkanya 5hb tu hari jumaat!


Sudahnya, dipendekkan cerita...aku hanya tersedar when someone calling me but i can't answer then it been a missed call..then,aku tgk la siapa yg call pehtu baru terperasan date kat hp...aku tertiba terkesima..terkedu..its 5th Nov and its my second paper on that day!!! lagi 3 jam paper mula baru aku sedar..Ya Allah!!! ape yg aku buat nih!! its a FINAL EXAM okay not test or quiz or what so ever...rasa syukur tak terhingga bcoz aku tersedar awal & yg penting lucky that paper start at 2:15pm not 9:00am!!! aku pun tak tahu nak kata apa..mak ayah mengucap panjang..dan kawan2 cool down kan aku...Ya Allah,sangat gila apa yg aku buat nih!! mungkin juga sebab aku duduk dgn keluarga bukan dgn kawan2 sebab tu aku rasa releks jer...


Hahaha!! itu la antara ole-ole exam utk sem 4 nih!!! sumpah aku tak akan buat lagi!!! sangat2 fobia dgn tarikh dan hari mulai dari saat itu...dugaan lain? yer, seterusnya paper ke-3 Channel Management..Ya Allah, aku rasa seperti tak belajar apa2 masa jawab paper tuh..sangat..super..duper..superb SUSAH~!!! dan bila ditanya semua orang, diakui soalan Channel sem ini TERAMAT susah...! aku hanya mampu berdoa & tawakkal saje utk resultnya!!!


Paper ke-4 dan ke-5 boleh tahan...kira aku boleh menjawabnya compare dgn paper Channel tuh...jadi pd saat ini, peperangan telah berakhir dgn paper terakhirku tengahari td yg bley dikatakan 95% aku dpt menjawabnya..syukur alhamdulillah :)


Sem 4 ini juga byk menguji daya ketahanan mental & fizikal aku!!! cukup byk dugaannya... assignment, test, quiz, project paper, report...Ouhh,ianya cukup memeritkan tapi sungguh bermakna...memeritkan bila ia melibatkan salah faham dlm kumpulan...bukan sikit salah fahamnya..biarlah hanya aku dan 'mereka' mengetahuinya...bermakna sebab ia byk memberi aku pengalaman, ilmu, kemanisan dlm persahabtan yg tak mungkin aku jumpa zaman pekerjaan nanti...


Semua itu lumrah kehidupan dlm dunia bergelar mahasiswa & mahasiswi yg wajib ditempuh & diharungi...jadi diri kita yg punyai akal fikiran seharusnya meletakkan diri di landasan yg betul supaya kita tak hanyut, sesat & karam di lautan yg penuh gelora cabarannya!!! InsyaAllah, ameen :)



* Ya Allah, aku hanya mampu utk berdoa saat ini supaya semua keputusanku lulus hendaknya...ku pohon semuanya LULUS, itu saje ku pinta Ya Allah!!!

Posted by Siti Aishah at 5:36:00 PM 0 comments  

Labels: Student Life

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod